Komuniti Forum Bandar Bukit Raja, Klang Selangor
 
HomeHome  Muka DepanMuka Depan  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Share | 
 

 Harga Kambing Aqiqah

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Harga Kambing Aqiqah   22nd December 2011, 10:19 am

Assalamu'alaikum Wrmbth, Harga kambing Disember 2011
HUBUNGI 0192663792
Assalamu'alaikum Wrmbth, Apa Khabar kepada para pelanggan semua. Semoga kalian sentiasa berada dalam keberkatan ilahi. Bulan 12 pun hampir menemui penghujungnya. Agak sibuk bulan ni memenuhi permintaan kenduri kahwin dan aqiqah di sekitar kawasan setempat. Terkejar-kejar juga cari masa untuk kemas kini blog kambinghalal ni. Takut bersawang je sejajar dengan nama laman sesawang atas talian kan. Haha. Kerja hakiki untuk menternak kambing memang jadi tanggungjawab utama tetapi zaman teknologi maklumat memerlukan lebih dari itu untuk maju dan terus berdaya saing dalam persaingan perniagaan dinihari. Baiklah, merujuk kepada perkara pangkal artikel ini ditulis, saya sertakan harga kambing bekalan UMM BARAQAH RESOURCES bagi bulan Disember 2011 khusus untuk rujukan tuan puan.

Semua kambing kami cukup syarat aqiqah. Harga kambing juga disertakan dibawah.


Kambing Biri Biri Damara. Harga kambing biri -biri 2 tahun lepas lebih rendah daripada kambing. Tetapi kini hampir setara. Hmmm
Harga Kambing biri biri hidup (baka Damara) atas kandang adalah seperti berikut +-38kg RM760 dan +-42kg RM780. Terdapat sedikit perbezaan harga kerana berat yang sedikit berbeza. Kambing jenis ni mendapat sambutan hangat kerana saiznya yang besar dan sedap dibuat kambing golek. Dapatkan sementara stok masih ada.

harga Kambing Boer di pasaran semasa pada Disember 2011 sekitar RM760~800 untuk berat 35kg hidup. Memang mahal sikit kambing boer ni
Kambing Boer atas kandang terpaksa direhatkan bulan ini kerana semua yang ada diatas kandang telah ditempah. Kami masih merancang kemasukan stok baru kambing boer ni.

Encik Kambing Feral yang berwajah brutal dan berkelakuan ganas. Kambing import daripada Australia
Kami juga menghentikan sebentar stok kambing feral untu kegunaan aqiqah kerana kerosakan yang dilakukan kepada kandang kami. jangan main-main dengan kambing feral ni, memang lasak dan kasar. Atas kandang banyak kayu patah ditanduknya.

Harga kambing Jamnapari (bertelinga panjang) yang boleh diklasifikasikan kambing kampung
Kambing Jamnapari atas kandang kami masih mempunyai stok. Harga selepas sembelih lapah dan hantar RM760. Berat hidup sekitar +-38kg atau lebih. Siapa cepat dia dapat. Sementara stok masih ada

Harga Lembu Aqiqah ikut harga pasaran dan bergantung pada saiz

Harga lembu aqiqah pula bergantung kepada beratnya. Sekitar RM2000~3000. nak besar ada, yang sedang juga tersedia. Pendek kata, datang ke kandang untuk pemilihan dan perbincangan harga.


Kambing Halal UMM BARAQAH Very Happy Very Happy

KLIK untuk Harga Kambing Terbaru


Last edited by UMMBARAQAH on 12th March 2013, 7:50 am; edited 3 times in total
Back to top Go down
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Re: Harga Kambing Aqiqah   22nd December 2011, 10:21 am

Kambing Aqiqah Pelanggan Puas Hati
>> Thursday, December 1, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth, merujuk pada tajuk posting pun dah tahu artikel ini tentang apa kan? Alhamdulillah kerana kami di UMM BARAQAH RESOURCES berjaya memberikan kepuasan dalam servis kambing aqiqah dan lain-lain. Dibawah ini saya sertakan satu lagi pelanggan kami yang telah berpuas hati dan menyarankan kepada rakan-rakan di laman web kepunyaannya. Terima kasih Tuan Puan atas kepercayaan yang diberikan ini.

Majlis Aqiqah Miqha’iel
Alhamdulillah, Sabtu lepas dengan penuh Syukur dan izin ALLAH SWT Majlis Aqiqah Muhammad Dani’yal Miqha’iel dan Majlis Pertunangan Jiejie telah selamat berlangsung.
Syukur pada ALLAH SWT.
Pada yang sudi dan meluangkan masa untuk bersama memeriahkan Majlis kami, Kin dan Family mengucapkan jutaan Terima kasih atas kehadiran korang, pada yang tak dapat datang, Kami faham. Insyallah tahun depan ada rezeki Kita jumpa lagi di Majlis Jiejie semula.
Majlis dimulai tepat pukul 10.30am dengan Kumpulan Marhaban, berzanji dan cukur jambul. Walaupun Miqha’iel dipaksarela bangun dan mandi, Alhamdulillah sepanjang marhaban dia senyap jer tak merayap kemana.
Thanks to Elaine & Jefrie sebab sudi mengantikan Kin dan Zul untuk mengawal dan membawa Miqha’iel mengelilingi Kumpulan Marhaban sebab MrHazizul sibuk ambil gambar dan Kin baru lepas rawatan rahim dan tak boleh bergerak banyak.
Jom kita layan gambar, yokkk!!


Testimoni pelanggan uas hati

KLIK untuk Membaca Lebih Banyak Testimoni Kambing Aqiqah Kami


Last edited by UMMBARAQAH on 7th January 2012, 10:18 am; edited 1 time in total (Reason for editing : Tambahan info)
Back to top Go down
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Re: Harga Kambing Aqiqah   22nd December 2011, 2:08 pm

Qurban Perdana IKIM fm Islamic Relief

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432 Hijrah 2011 Masihi. Alhamdulillah kerana masih diberikan nafas daripada ilahi untuk menulis artikel ini. Hari ini kami telah berjaya melaksanakan amanah yang diberikan oleh Islamic Relief Malaysia untuk Program Qurban Perdana IKIM fm di Madrasah At-Taqwa Sungai Semungkis Hulu Langat. Madrasah yang sama tragedi tanah runtuh rumah anak yatim berlaku awal tahun ini.


islamic relief aqiqah
Kurma Kambing mula dsediakan seawal 4 pag. BERASAPP lagi!!! dan sedia dihidang
Kambing Masak Kurma adalah hidangan istimewa kami kerana dimasak dengan bahan semulajadi bebas ajinomoto aka MSG yang semestinya tidak baik untuk badan. Gula juga tidak digunakan dan digantikan oleh rasa manis bawang besar yang semestinya berita baik bagi penjaga kesihatan.


Kambing Kurma + Bawang Merah, + Lada Besar + Kentang .. Slurrppp
Tukang masak yang berpengalaman tidak memerlukan MSG untuk menyedapkan makanan berbekalkan pengetahuan yang ada didada. Selesai semuanya kami pun berbegas ke destinasi di Hulu Langat.


Sepanduk Program Qurban Perdana IKIM fm dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia
Lebih kurang jam 11.20pagi, kami tiba di lokasi majlis setelah sesat di kawasan sekitar, Alhamdulillah dengan pertolongan dari warga Hulu Langat kami berjaya tiba. Bila ditanya dimana lokasi program semua orang kurang tahu, tetapi kata sahaja lokasi tanah runtuh minda yang samar menjadi nyata.


Majlis Qurban Perdana IKIM fm ini mendapat sambutan hangat jiran-jiran sekitar.
Tapak majlis dipenuhi oleh orang ramai dari sekitar kawasan Hulu Langat yang sudi membantu meraikan anak-anak yatim di kompleks kepunyaan YADIM.


Semua sedang sibuk melapah Lembu Qurban / korban

Hati-hati menggunakan gergaji pakcik.
Usaha seperti ini wajar mendapat sokongan semua pihak dari orang perseorangan, badan korporat dan pihak kerajaan untuk mewujudkan sinergi kerjasama yang dinamik insyaallah. Semoga dapat diteruskan dengan istiqamah saban tahun.

Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (Tengah)
Pelbagai pengisian menarik turut diadakan sempena Program Qurban Perdana IKIM fm ini seperti Bicara Ad-Dien dan sumbangan kepada rumah anak-anak yatim.

Syabas IKIM fm, Islamic Relief Malaysia dan semua pihak terlibat menjayakan majlis ini
Kelihatan juga wakil media membuat liputan majlis secara langsung di lokasi samada media bercetak mahupun penyiaran. Program yang baik wajar diberi perhatian daripada memenuhi kaca televisyen dengan rancangan merapu dan bermotifkan laqha.


Wartawan dan krew penerbitan di lokasi
Semoga usaha kalian mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT insyaallah.
Qurban IRM IKIM fm
Syabas sekali lagi untuk Program Qurban Perdana IKIM fm Islamic Relief Malaysia

Read more: http://kambinghalal.blogspot.comKambing Aqiqah dan Korban UMM BARAQAH

Harga Kambing Terkini UMM BARAQAH


Last edited by UMMBARAQAH on 7th January 2012, 10:20 am; edited 1 time in total (Reason for editing : Tambahan info)
Back to top Go down
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Re: Harga Kambing Aqiqah   22nd December 2011, 2:14 pm

MAJLIS CATERING AQIQAH

Assalamu’alaikum Wrmbth,

Mencari Catering perkahwinan ? Catering in kl ? Catering Selangor? Aqiqah catering? Katerer aqiqah murah? caterer in kl?

Kami di UMM BARAQAH RESOURCES kini menyediakan perkhidmatan catering aqiqah dengan kambing yang disembelih sendiri oleh kami. Khidmat catering majlis aqiqah ini ditawarkan kepada seluruh kawasan SELANGOR (Klang, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, Setia Alam, Meru dan Kapar) dan KUALA LUMPUR. catering untuk aqiqah.

Kami menyediakan khidmat aqiqah anak anda pada harga berpatutan dan murah bersesuaian menurut kehendak pelanggan yang mengharapkan layanan terbaik bagi katering akikah.

AJUKAN PERTANYAAN pada UMMBARAQAH 0192666792
Kambing akikah yang disembelih cukup syarat iaitu Sihat, Cukup umur dan tidak cacat. Maklumat lanjut boleh KLIK UNTUK SYARAT BINATANG SEMBELIHAN[/url

Bagi mereka yang tertanya-tanya hukum aqiqah dalam islam bolek klik link berikut untuk menjawab segala persoalan dan hukum aqiqah yang sering membelenggu fikiran.

[url=http://kambinghalal.blogspot.com/2011/10/catering-aqiqah-mantap.html] Persoalan Aqiqah Hukum Aqiqah Menggunakan Kambing Boer Hukum Sembelihan Wanita Hukum Akikah dan Korban serentak Maksud Aqiqa Perbezaan Qurban Aqiqah Hikmah Ibadah Qurban

Pakej aqiqah ini istimewa bagi anda yang berusaha memenuhi tuntutan sunat muakkad dalam islam.

]


Last edited by UMMBARAQAH on 12th March 2013, 8:08 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Re: Harga Kambing Aqiqah   22nd December 2011, 2:25 pm

Berapa Harga Kambing Jamnapari
Hubungi UMM BARAQAH 01926663792
Assalamu'alaikum Wrmbth,

Bagi pembeli dan ibubapa yang sedang mencari kambing untuk projek ternakan kambing disini saya sertakan harga istimewa kambing jamnapari bagi November 2011.
kambing jamnapari

HARGA KAMBING JAMNAPARI AQIQAH- RM750 (Cukup syarat aqiqah - siap sembelih lapah dan hantar) - SEMENTARA STOK MASIH ADA


Penternakan kambing ini memerlukan usaha intensif dan semangat kental kerana industri ternakan kambing boer jamnapari dan sebagainya diwar-warkan sebagai menjanjikan pulangan lumayan tetapi harus diingat semua ini harus diiringi dengan minat yang mendalam dan kesabaran dan usaha yang menggunung tinggi. Kambing kampung juga harus bersaing dengan bekalan kambing jamnapari boer import yang mempunyai saiz lebih besar pada harga yang lebih murah.

Harga Kambing Aqiqah


Last edited by UMMBARAQAH on 12th March 2013, 8:18 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Re: Harga Kambing Aqiqah   22nd December 2011, 2:43 pm

Kambing Golek Siap Potong

Assalamu'alaikum Wrmbth, Musim cuti sekolah ni ramai sungguh pelanggan pesan kambing golek. Oleh kerana kudrat kami yang terbatas dengan 2 tangan dan 2 kaki, maka tempahan yang dapat kami ambil juga terbatas. Namun, hari sabtu lepas saya mendapat permintaan menggolekkan kambing aqiqah yang pelanggan mebgharap sangat-sangat. Dan pelanggan kami juga yang mencadangkan supaya kambing ini dipotong kecik-kecil dan dibungkus dalam bekas tahan panas. Inilah rupa kambing golek siap potong + sos lada hitam.
kambing golek siap potong

Daging kambing aqiqah siap potong yang tidak memerlukan pelayan semasa majlis.

Saya secara peribadi memang pernah terdengar kaedah ini, tetapi risiko untuk daging kambing rosak dan hilang tekstur dan rasa yang digemari telah merencatkan keinginan untuk mencuba kerana amanah aqiqah ini jika tidak dilaksanakan sebaiknyaboleh rosak nama baik kami. Alhamdulillah kambing golek yang siap dipotong ini diterima baik oleh para tetamu. Tiada pula dengar rungutan daripada pelanggan kami.

Read more: http://kambinghalal.blogspot.com/2011/12/kambing-golek-siap-potong.html#ixzz1hEu4l9y2
Back to top Go down
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Re: Harga Kambing Aqiqah   22nd December 2011, 2:49 pm

Kambing Golek Shah Alam
>> Monday, September 12, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth, Istimewa Cuti Sekolah denga Kambing Golek Shah Alam Bandar Anggerik. Meriahkan dan gamatkan suasana majlis anda dengan hidangan KAMBING GOLEK UMM BARAQAH khusus bagi kawasan SHAH ALAM.Keenakan daging kambing panggang yang diperap dengan sos istimewa pasti menggetarkan rasa dan membangkitkan selera.

Hidangan Kambing Golek Bagi Kawasan Shah Alam
PAKEJ KAMBING GOLEK Shah Alam kami adalah seperti berikut: NOVEMBER 2011

Kambing golek (Non Aqiqah) RM900
Pelayan untuk memanggang dan memotong daging
Sos Black Pepper @ Lada hitam
Kentang Lenyek (MAsh Potatoes)
Coleslaw
Sembelihan bukan aqiqah (Bermaksud bukan atas niat aqiqah kelahiran anak)
Kambing golek (Aqiqah) RM1150
Sama seperti diatas kecuali Sembelihan diniatkan atas nama individu yang hendak diaqiqahkan yang memerlukan ia mematuhi semua syarat haiwan sembelian untuk aqiqah dan korban

Kami telah membekalkan hidmat kambing golek Shah Alam yang diperap dengan rempah ratus semalaman untuk membangkitkan aroma dan rasa yang menambat hati. Testimoni para pelanggan kami ada disediakan di Blog Kambinghalal kami ini untuk rujukan tuan-puan sekalian.

Semestinya persepsi masyarakat kita tentang mitos daging kambing yang kurang benar telah berjaya diubah dengan kesedaran generasi sekarang. Bagi memastikan supaya kepuasan maksimum dapat dicapai, anda boleh memilih sendiri kambing kami di Kandang yang terletak di Klang 15 minit sahaja pemanduan daripada Pusat bandar Shah Alam. Kambing Golek Shah Alam kami menggunakan kambing yang cukup syarat sembelihan aqiqah iaitu cukup umur, sihat dan tiada kecacatan.

Dengan makanan ternakan yang dihasilkan sepenuhnya oleh orang islam dan diperbuat oleh bahan halal seperti gula merah (molases), serbuk koko dan PKC (hasil kelapa sawit) dan tumbuhan hijau yang ditanam disekitar kandang, kambing kami sihat sihat dan terjaga kesihatannya. Dapatkan hidangan Kambing Golek Shah Alam dengan menghubungi atau UMMBARAQAH 01926663792.

Read more: http://kambinghalal.blogspot.com/2011/09/kambing-golek-shah-alam.html#ixzz1hEvOhihv


Last edited by UMMBARAQAH on 12th March 2013, 8:20 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Re: Harga Kambing Aqiqah   5th January 2012, 4:54 pm

Harga Kambing Januari 2012

Assalamu'alaikum Wrmbth, Masih dengan suasana tahun baru, marilah kita bekerja dengan amanah dan bersungguh-sungguh. Bage mereka yang berhajat melaksanakan ibadat aqiqah dengan kambing, berikut adalah harga kambing 2012 dari UMM BARAQAH RESOURCES.

harga kambing
Harga Kambing 2012 Seberat lebih 45kg pada RM790 sahaja
Kambing aqiqah cukup syarat untuk anda pada saiz yang sangat besar (hampir anak lembu) dan harga RM790 sahaja. Daging memang banyak dan lembut, tak percaya? Boleh lawat sendiri dikandang untuk kepastian. Harga kambing untuk januari 2012 yang sangat istimewa, boleh bandingkan harga kerana anda memang pengguna bijak.

harga kambing
Ini pula kambing pada berat lebih 40kg
Gambar diatas ini untuk baka kambing yang sama pada berat berbeza, RM770 siap sembelih lapah dan hantar kepada anda. Berat lebih 40kg dan daging pun banyak. Hanya kambing untuk januari 2012 terbaik untuk anda.

Harga kambing dan Lembu ter baru KLIK SINI
Back to top Go down
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Harga Kambing Kampung Baru Puan Zeti   16th January 2012, 10:45 pm

Harga Kambing Kampung Baru Puan Zeti
Assalamu'alaikum Wrmbth, perkhidmatan kambing golek kini wujud bagaikan cendawan selepas hujan. Harga Kambing golek juga berbeza mengikut penyedia perkhidmatan, ada yang sedap ada juga yang cacamerba. Kami menerima pesanan kambing golek daripada Puan Zeti pada bulan Disember 2011 lepas. Kambing golek untuk majlis aqiqah anak perempuannya. Niat asal puan zeti untuk bertanyakan harga kambing aqiqah dan pakej kambing golek kami kerana kami bukan saja menternak kambing malah menyediakan perkhidmatan masakan kambing berkuah dan golek dengan harga kambing berpatutan.

Sekarang ni musim kambing golek di Malaysia

Lokasi Majlis Aqiqah diadakan untuk Majlis aqiqah beserta kambing golek

Pihak kami memberikan pakej harga kambing golek RM1200 iaitu RM750 untuk kambing 40kg (berat hidup) dan RM450 untuk upah memanggang kambing golek dan servis di Majlis. Harga kambing dengan pakej kambing golek ini termasuk coleslaw, mash potato dan sos lada hitam di Dewan Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur. Kambing yang digunakan daripada jenis Damara dan sihat serta memenuhi semua syarat aqiqah. JAdi hasil daripada perbualan kami di telefon, kami telah sepakat dengan harga dan servis digunakan untuk Majlis 22 januari ini.

Kampung Baru sewajarnya dipertahankan. Kawasan Melayu terakhir di Kuala Lumpur

UMM BARAQAH RESOURCES telah pun menyediakan khidmat kambing golek ini sejak beberaa bulan lalu dan sudah masak dengan keperluan pelanggan. Sebagai makluman, kambing aqiqah ini perlu di sembelih sehari lebih mahal supaya kambing tersebut dapat di perap dengan rempah ratus supaya bertambah keenakan rasa kambing tersebut. Dengan masa yang cukup, hasilnya diperolehi daripada rasa yang enak dimakan bersama hidangan sampingan lain terutama sos lada hitam. Apa yang pasti, kami akan melaksanakan amanah Puan Zeti Sekeluarga pada ahad ini dengan harga kambing golek yang dipersetujui. Slurrpp.. Doakan kami tak sesat cari jalan. Amin
HARGA KAMBING AQIQAH TERKINI
Back to top Go down
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Harga Kambing Meru Puan Wati   16th January 2012, 10:49 pm

Harga Kambing Meru Puan Wati
Assalamu'alaikum Wrmbth, Minggu ni bermulalah cuti tahun baru cina dan ramai juga yang mengadakan kenduri aqiqah. Puan Watie daripada Jalan Belimbing Meru Klang elah menelefon saya untuk pesanan kambing aqiqah. Fokus utama adalah harga kambing aqiqah dan kambing bagaimana yang beliau dapat. Kenduri aqiqah pun sudah tidak lama lagi iaitu pada 22 Jan 2012. Tempat Majlis seperti tajuk diatas adalah jalan belimbing Meru Klang. Tak jauh daripada stesen petronas pekan meru (orang meru tente tahu punya). Setelah Puan Watie setuju dengan harga kambing tersebut iaitu RM780 siap sembelih dan hantar maka dengan penuh amanahnya kami pun bersiap sedia melaksanakan amanah ini sebaiknya insyaallah. Tiada daya dan upaya tanpa Allah.

Jalan Belimbing Meru menanti kambing aqiqah kami

Pekan Meru Klang

Klang Sentral memang dekat sangat dengan Meru dan bersempadan dengan Setia Alam

Rupa Dalaman Stesen Bas Klang Sentral

Kambing dijangka akan disembelih sehari awal sebelum majlis supaya dapat disediakan untuk hidangan para hadirin hadirat. Ramai juga pelanggan kami daripada Meru bertanyakan harga kambing aqiqah dan lokasi tersebut pun memang tidak asing bagi kami. Dekat saja dengan kandang, di sana juga terletaknya Fairy Park isitu kawasan perkuburan cina mewah diatas bukit, mula-mula dahulu saya pun tidak tahu apa kebendanya fairy park ni sehinggalah seorang pelanggan saya terangkan. Hehe, balik kepada topik, harga kambing aqiqah untuk puan wati telah disepakati dan hujung minggu ini kami akan ke Meru menghantar kambing aqiqahnya yang telah siap di proses. Selamat datang warga Meru. Mari-mari telefon kami untuk bertanyakan harga kambing aqiqah Meru Klang daripada UMM BARAQAH RESOURCES

Tak perlu susah-susah nak sembelih sendiri, dengan harga kambing berpatutan biar kami uruskan semua proses. Tidak kira di Meru Klang dan Shah Alam. Insyaallah. Hubungi kami HARGA KAMBING MERU TERKINI
Back to top Go down
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Harga Kambing Taman Sri Jambu Kajang Puan Siti   16th January 2012, 10:54 pm

Harga Kambing Taman Sri Jambu Kajang Puan Siti
Assalamu'alaikum Wrmbth, Alhamdulillah minggu ini Allah swt sibukkan kami dengan urusan mencari rezeki tanpa mengabaikan kewajipan kami pada ilahi. Hujung tahun lepas iaitu tahun 2011 (macam dah lama saja bunyinya) Puan Siti telefon saya daripada Taman Sri Jambu Kajang bertanyakan saya harga kambing aqiqah. Dimana pula tempatnya tu? Saya memang pernah ke kajang dan tahulah juga kawasan tersebut lebih-lebih lagi kajang banjir teruk tahun lepas habis semua kedai masuk air. Ok, harga kambing macam biasa buat masa ini RM750 seekor siap sembelih. Puan Siti berhajat mengadakan majlis aqiqah dan tengah meninjau harga kambing semasa. Hasil perundingan di talian telefon dengan saya dan berbincang tentang harga kambing akhirnya dia setuju juga untuk menggunakan perkhidmatan kami UMM BARAQAH RESOURCES

Sate Kajang memang besar saiznya dan harganya pun boleh tahan mahal

Bandar Kajang Baru lepas banjir besar hujung tahun lepas

Kajang terkenal dengan hidangan satenya, lebih lebih lagi sate kajang haji samuri ni dah banyak cawangannya. Puan Siti dari Kajang ni berhajat untuk melihat sendiri kambing untuk anaknya disembelih untuk elakkan was-was tentang ketelusan ibadat aqiqah, saya memang tak kisah sebab tiada apa yang hendak disembunyikan jika tiada kesalahan bukan? Harga kambing dan kambing yang dipilih juga sudah dipersetujui jadi pada malam khamis minggu lepas kambing pun disembelih disaksikan sendiri oleh mereka. Secara keseluruhannya pihak pelanggan berpuas hati dengan harga kambing dan kualiti khidmat diberikan. Kami pun sampai awal hari jumaat pagi ke taman sri jambu untuk menghantar kambing. Alhamdulillah tak sesat. JAdi, orang kajang yang mahu laksanakan aqiqah boleh telefon saya untuk berunding tentang harga kambing. Jika anda pernah membuat perbandingan sudah tentu harga kambing kami berpatutan dan tidak membebankan Insyaallah. Wallahu'alam

Taman Sri Jambu Bukan tempat menjual Jambu ya. Hehehe

Kambing untuk disembelih aqiqah

Parang Lapah idaman kalbu. Suna sembelih pakai parang tajam supaya tidak menyeksa haiwanHARGA KAMBING KAJANG TERBARU
Back to top Go down
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Harga Kambing Putra Height Puan Lin   16th January 2012, 10:58 pm

Harga Kambing Putra Height Puan Lin
Assalamu'alaikum Wrmbth, Minggu ni juga kami di UMM BARAQAH menerima tempahan kambing aqiqah masak kari daripada Puan Lin Putra Height. Di jalan Putra Permai dekat dengan Giant Putra Height tu. Puan ni telefon saya hari rabu petang minggu tersebut mengatakan bahawa katerer yang menyediakan perkhidmatannya gagal mencari kambing kerana harga kambing aqiqah yang ditawarkan penternak adalah RM1200 seekor. BIar betul harga kambing tu, seberat 60kg logik juga. Jadi, dengan tarikh majlis yang semakin dekat alhamdulillah berjaya dapat kambing aqiqah pada harga kambing istimewa RM750. Harga kambing aqiqah selepas masak kari pula cuma tambah RM250 jadi genap angka keramat RM1000.

Papan tanda Putra Height dah macam Hollywood
Kambing aqiqah puan lin ni seberat 40kg atau lebih berat hidup dan dagingnya memang banyak. Bandingkan kambing kami dengan penyedia perkhidmatan setara, yang pasti kami cuba berikan perkhidmatan terbaik pada harga kambing mampu aqiqah. Tukang masak kami En Jalani memang mahir masak kari kambing ni dan kerap diamanahkan untuk memasak semasa majlis kenduri. Istimewanya kari kambing UMM BARAQAH ialah kami tak menggunakan AJINOMOTO atau MSG. Gula pun hampir tak guna langsung sebab rasa manis dari bawang besar dan kecil yang banyak digunakan. Memang harga kos meningkat tapi sajian masakan yang sihat untuk majlis aqiqah lebih berkat. Tahukah anda masakan kambing atau lembu aqiqah yang dihidangkan sunat dihidangkan manis (jangan manis sangat sudah). Harga kambing sudah semakin mahal tetapi tidak menghalang umat islam Malaysia melaksanakan ibadat sunat muakkad ini.

Inilah rupa kambing biri biri damara

Majlis aqiqah Puan Lin mula pukul 10 pagi dan kami pun siap masak pukul 8pagi terus hantar ke putra height untuk mengelakkan kesesakan dan sesat jalan. Tetamu penting majlis aqiqah tak boleh lewat, tergendala perjalanan majlis ni. Keluarga puan Lin memang bertimbang rasa sebab kami telahpun menetapkan harga kambing tapi masih dapat duit minyak. Terima kasih banyak-banyak ya. Insyaallah ada rezeki kita berurusan lagi kelak. Buat mereka yang berhajat melaksanakan aqiqah, jemputlah telefon kami untuk harga kambing dan kambing yang setara kualitinya.

Kari Kambing Sedang Dimasak.. Nyum2

HARGA KAMBING PUTRA HEIGHTS
Back to top Go down
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Harga Kambing Seksyen 18 Shah Alam   16th January 2012, 11:00 pm

Harga Kambing Seksyen 18 Shah Alam
Assalamu'alaikum Wrmbth, Minggu ini saya dapat pesanan kambing aqiqah daripada encik Fazrul untuk aqiqah anak ke 3 nya. Majlis berlangsung sabtu di jalan takur 2 di seksyen 18 Shah Alam. Majlis ekspres sebab telefon hari selasa untuk pesanan kambing aqiqah hari sabtu. Alhamdulillah stok kambing mencukupi di kandang jadi insyaallah tiada masalah. Selepas sesi perbincangan di telefon kami sepakat dengan harga kambing RM750 untuk kambing aqiqah yang diminta. Harga kambing istimewa ni hehe.

Ini satu contoh proses lapah kambing. Tangan saya berlumuran darah jadi tak dapat tangkap gambar

Daging kambing dah siap potong

Jadi, selepas siapkan pesanan kambing aqiqah tersebut, hari pun dah malam jadi saya pun hantar pada masa ditetapkan iaitu esoknya sabtu pagi. Melalui lebuh raya LKSA terus ke seksyen 18. Alhamdulillah En Fazrul datang tunjukkan jalan, sesat juga nak cari rumah ni. Dengan itu, setelah penghantaran kambing aqiqah selesai, En Fazrul pun menjelaskan baki harga kambing. Semoga anak anda menajdi insan solehah. Insyaallah.
Jumpa lagi insyaallah
HARGA KAMBING SHAH ALAM TERKINI
Back to top Go down
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Harga Kambing Puncak Saujana Kajang   16th January 2012, 11:04 pm

Harga Kambing Puncak Saujana Kajang
Assalamu'alaikum Wrmbth, hari ini kami telah mendapat pesanan kambing aqiqah untuk pelanggan di puncak saujana kajang. Pertama kali saya sampai di puncak saujana menggunakan lebuhraya persekutuan dan seterusnya lebuhraya cheras kajang. Harga kambing yang dijual pada encik Shahfiq untuk anaknya adalah RM750 seekor siap sembelih lapah dan hantar.

Kediaman en shahfiq dimana kenduri aqiqah diadakan

Oleh kerana ini adalah aqiqah untuk anak pertama pasangan cikgu ini, maka mereka telah hadir ke kandang kami di klang untuk pemilihan kambing itu sendiri. Harga kambing istimewa dengan kambing dipilih sendiri oleh mereka untuk majlis pada 14 januari 2012 di kediaman mereka. Kambing pula baru tiba jadi saiz yang paling besar menjadi pilihan mereka. Setelah sesi perbincangan mengenai harga kambing yang akan disembelih, dan masa majlis. tambahan lagi kambing tersebut akan dimasak kari pada harga RM220 permasakan. Sunat masakan aqiqah ini adalah dimasak manis. Tukang masak kami pula tidak menggunakan ajinomoto dan gula. Rasa manis pula menggunakan bawang yang banyak supaya hidangan lebih sihat. Memang hebat dan memikat.Resepi orang melaka ni.

Kambing aqiqah yang disembelih perlu mematuhi syarat sembelihan haiwan islam
Kari kambing disediakan awal pagi dan siap dimasak kira-kira jam 8.30 pagi. Petua supaya kambing tak berbau ialah rebus dahulu dan capurkan dengan kentang dan lobak. Macam-macam petua untuk hilangkan bau kambing dan boleh dipelajari diinternet.

Hantar semasa panas untuk hidangan tetamu
Dalam islam, peniaga dan pelanggan yang memudahkan urusniaga adalah digalakkan, jadi harga kambing dan perkhidmatan berpatutan dengan kualiti servis.
HARGA KAMBING PUNCAK SAUJANA KAJANG
Back to top Go down
UMMBARAQAH
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 27

PostSubject: Re: Harga Kambing Aqiqah   28th January 2012, 11:04 am

Harga Kambing Makin Mahal
Assalamu’alaikum Wrmbth, saya dapat perhatikan masalah utama orang kita ialah pemasaran. Cuba perhatikan, petani tanam sayur siapa yang borong pada harga murah dan jual pada harga mahal? Nelayan berhempas pulas membanting tulang 4 kerat bergelumang dengan ombak samudera di laut, peraih dapat untung dengan membeli pukal dan menjual pada harga mahal. Dusun durian dipunyai rang kita, siapa pula yang membeli pada harga murah dan menjual semula pada harga mahal di pasar malam? Ladang getah dan kelapa sawit dipunyai orang kita, tetapi siapa pula yang membuka kilang getah, sarung tangan dan minyak kelapa sawit? Mahu saya senaraikan lagi, tak terjangkau panjang senarainya nanti. Hendak salahkan pemborang tak boleh kerana mereka lebih pandai tetapi bukankah ironi, hasil kerja keras kita dikaut oleh pihak lain? Harga yang mahal untuk di bayar. Jadi, dalam industry penternakan saya tidak mahu perkara yang sama berlaku, penternak kita berhempas pulas, penjuat makanan ternakan yang mengaut untung. Akhirnya ramai yang gulung tikar dan tutup kandang. Harga kambing pun meningkat naik. Fenomenan harga kambing tempatan lebih tinggi daripada harga kambing import memang telah lama berlaku dan nampaknya perancangan dan percaturan pihak berwajib kurang menjadi kerana selepas beberapa tahun kita masih di takuk lama.


Harga kambing tempatan tidak mampu bersaing dengan kambing import. Kerajaan patut bekerjasama dengan penternak sebenar, bukan penternak bidan terjun pasang siap

Jadi, marilah kita bersama-sama belajar ilmu pemasaran dan mempraktikkannya supaya kambing yang diternak membawa hasil kepada kita dan bukannya pihak ketiga yang makan untung atas angin. Sampai bila mahu terus berada di bawah rantaian makanan dan menjadi habuan kepada pemangsa. Anda tentukan sendiri masa depan sendiri dan jangan menuding jari. Jika tidak jadilah seperti lagu “Bangau oh bangau kenapa kau tak makan..” Alhamdulillah ada ular, jika tidak sampai bila lagu tersebut hendak berakhir. Harga kambing semakin meningkat naik bukan kerana orang lain tapi kerana kita sendiri yang membiarkannya. Biarlah tangan yang sama menternak kambing juga menjadi tangan yang memasarkan kambing. Hendak Berjaya mestilah menjadi peniaga, bukan pada menternak saja kerana ramai orang boleh menternak kambing tetapi berapa ramai yang mampu menjualnya.

Kambing boer yang diimport daripada australia

Harga Kambing UMM BARAQAH RESOURCES
Back to top Go down
 

Harga Kambing Aqiqah

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Forum Bandar Bukit Raja, Klang Selangor - bukitraja.net  ::  :: -