Komuniti Forum Bandar Bukit Raja, Klang Selangor
 
HomeHome  Muka DepanMuka Depan  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
ads by google
Similar topics
  • » Harga Terkini Sym Evo 250i
  • » macam mana nak tambah lampu brake belakang klip2
  • » Berkaitan lampu "OIL CHANGE"
  • » Meter biol, engine semput, semua lampu indicator blinking and finally engine mati
  • » Lampu SYM Evo 250
  • » Lampu headlight memang tak menyala ke kalau highbeam?
  • » tender kenderaan kastam
  • » Kerosakan teknikal yg selalu berlaku pada SYM VTS/GTS V1
  • » Assalamualaikum.Nak tanya sikit boleh?
  • » kalau terasa
  • Share | .
     

     Lampu LED teknologi terkini.

    View previous topic View next topic Go down 
    Go to page : 1, 2  Next
    AuthorMessage
    ashralf8
    AJK Forum
    AJK Forum


    Number of posts: 380

    PostSubject: Lampu LED teknologi terkini.   2nd August 2009, 1:53 pm

    Lampu LED lebih 'hijau'

    Oleh ADHAM SHADAN
    adham.shadan@kosmo.com.my


    Lampu konvensional lazimnya perlu ditukar setiap 15 bulan manakala lampu LED mampu bertahan sehingga 10 tahun.



    TATKALA seluruh dunia bergelap dalam kempen tutup lampu, Earth Hour beberapa bulan lalu, mungkin ada yang skeptikal tentang siginifikannya. Bagaimana dengan menutup lampu dapat memberi manfaat kepada alam sekitar? Artikel ini mungkin secara tidak langsung dapat membuat kita lebih memahami isu tersebut.
    Rata-rata lampu yang digunakan di dunia pada masa ini adalah lampu mentol atau pijar dan lampu kalimantang. Tahukah anda bahawa kedua-duanya beroperasi secara pemanasan dan turut mengeluarkan gas-gas berbahaya seperti halogen, merkuri dan karbon dioksida? Mengenai aspek pemanasan pula, jangankan lampu kalimantang yang dipasang sehari suntuk, lampu yang baru dipasang tidak sampai 10 minit pun sudah terasa panas jika anda menyentuh kaca lampu tersebut.
    Menyedari peningkatan pencemaran dan kadar pemanasan global yang disumbangkan oleh lampu, negara Australia telah pun mengharamkan penggunaan lampu pijar dan kalimantang. Menjelang tahun 2010, negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand telah memandatorikan penukaran semua lampu mentol berfilamen dan kalimantang konvensional kepada satu lampu alternatif. Apakah dia?
    Lampu yang dimaksudkan itu adalah lampu berasaskan teknologi diod pemancar cahaya atau LED. Selama ini, kebanyakan kita mungkin hanya mengenali LED dengan cahaya warna-warninya ketika berada di bengkel mata pelajaran Kemahiran Hidup. Tetapi, teknologi LED kini boleh diadaptasi menjadi satu pencetus fasa baru dalam sektor pencahayaan. Tidak mustahil kalau selepas ini, lampu pijar atau kalimantang konvensional hanya tinggal sejarah.
    LAMPU kalimantang LED tidak memerlukan starter.


    Sebuah syarikat bumiputera yang berpangkalan di Pulau Pinang, KCC Engineering & Trading Sdn. Bhd. turut terlibat melakukan kajian dan pembangunan teknologi LED untuk lampu. Meskipun penggunaan lampu LED masih belum meluas di negara ini, KCC sudahpun mempunyai pelanggan dari Itali, Jerman, Sweden, Jepun dan Australia.
    "Lampu LED mengeluarkan haba yang sangat rendah. Ia sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke alam sekitar. Penggunaannya boleh mengurangkan kadar pemanasan dunia sebanyak 50 peratus sepanjang masa," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KCC, Abdul Khalid Mydin ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
    Dalam pertemuan itu, Abdul Khalid turut menunjukkan satu model cahaya putih LED yang dimajukan syarikatnya. Warna putih sememangnya warna lazim dalam pencahayaan, namun syarikatnya juga boleh menghasilkan warna-warna lain.
    TEKNOLOGI lampu LED mempunyai potensi yang besar pada masa depan. - Gambar hiasan


    Menerangkan bagaimana teknologi LED beroperasi, Abdul Khalid berkata, lampu LED beroperasi secara sekejap-sekejap, itulah sebabnya ia kurang mengeluarkan haba.
    "Tetapi, tidaklah bermakna lampu LED kami hanya boleh dipasang secara sekejap-sekejap. Kami telah memajukan teknologi LED ini agar ia mampu digunakan oleh pengguna sebagai produk harian seperti lampu yang biasa kita gunakan," katanya sambil menerangkan antara kaedahnya ialah dengan mengguna pakai material sokongan seperti aluminium yang boleh memindah haba.
    Menyerap teknologi LED pada jenis-jenis lampu sedia ada, Abdul Khalid misalnya telah menghasilkan lampu kalimantang berasaskan teknologi LED. Operasinya nyata berbeza dengan lampu kalimantang biasa yang membebaskan gas halogen dan merkuri.
    PERBEZAAN cahaya antara lampu kalimantang biasa (kiri) dan lampu kalimantang LED.





    Untuk membuktikannya, Abdul Khalid telah membuat perbandingan pada kedua-dua jenis lampu berkenaan.

    LAMPU mentol berfilamen yang biasa digunakan.

    "Lampu kalimantang biasa memerlukan penggunaan starter, sebaliknya lampu kalimantang yang menggunakan teknologi LED tidak memerlukannya. Lampu kalimantang biasa juga akan berkelip-kelip sebaik sahaja kita membuka suis tetapi lampu LED terus mengeluarkan cahaya. Selain itu, lampu kalimantang biasa menyebabkan warna gelap di bahagian tepi berikutan proses pemanasan dan tindak balas gas.

    ANTARA produk lampu berteknologi LED yang dibangunkan oleh syarikat ini.

    "Cuba anda sentuh kedua-duanya, mana yang lebih panas?" kata Abdul Khalid sambil menyua kepada penulis untuk merasainya. Ternyata, lampu kalimantang biasa lebih panas daripada lampu berteknologi LED.

    LAMPU LED yang biasa kita lihat.

    Selain lampu kalimantang berteknologi LED, menerusi syarikat pembuatannya, KCC Global Sdn. Bhd. juga menghasilkan pelbagai lampu konvensional yang diadaptasi dengan teknologi LED seperti lampu-lampu downlight (lampu sorot).
    Lebih menarik tentang lampu LED adalah ia mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan mampu mengurangkan kos penggunaan.
    "Sebagai contoh, lampu kalimantang konvensional yang biasa kita gunakan di rumah memerlukan 40 watt tenaga, sedangkan lampu LED hanya mengeluarkan 20 watt. Oleh kerana LED menggunakan tenaga elektrik yang rendah, maka ia memanjangkan jangka hayatnya. LED mempunyai jangka hayat sekitar 35,000 jam berbanding lampu biasa yang hanya dapat bertahan sehingga 5,000 jam. Secara ringkas, lampu biasa perlu ditukar setiap 15 bulan manakala lampu LED boleh digunakan sehingga 10 tahun berasaskan penggunaan selama 10 jam sehari," katanya.
    Walaupun harga lampu kalimantang berteknologi LED lebih mahal iaitu RM168 seunit, namun Abdul Khalid berkata, pengguna perlu berfikir secara jangka masa panjang.
    "Walaupun lampu mentol berfilamen dan kalimantang lebih murah berbanding dengan lampu LED, tetapi jika diambil kira penjimatan penggunaan elektrik, kos keseluruhan untuk penyelengaraan lampu-lampu LED dijangka akan menyamai kos keseluruhan penyelenggaraan lampu-lampu mentol dan kalimantang dalam masa setahun penggunaannya.
    "Bil elektrik juga mungkin berkurangan kerana pendingin hawa tidak perlu terlalu mengeluarkan tenaga bagi menyejukkan kawasan yang panas disebabkan lampu," katanya.
    Produk lampu LED juga dilengkapi dengan elemen mesra alam. Jika lampu kalimantang biasa diperbuat daripada kaca, lampu LED diperbuat daripada plastik dan boleh dikitar semula.
    Menerangkan tentang industri LED di negara ini, Abdul Khalid berkata, pembuatan LED pada asasnya telah wujud di negara ini sejak tahun 1970-an. Namun, teknologi LED yang diserap pada lampu-lampu pengguna baru dimajukan kira-kira dua tahun lalu.
    "Ada lampu LED di pasaran tempatan terutamanya buatan China tetapi kualitinya agak meragukan. Terdapat juga lampu LED keluaran syarikat lampu berjenama tetapi harganya amat mahal, mencecah RM500 seunit.
    "Apabila syarikat-syarikat luar negara membuat tempahan daripada kami, ini menandakan mereka meyakini produk kami. Kami juga baru menghantar prototaip lampu LED untuk pencahayaan lampu tanaman di sebuah negara Eropah. Maklumlah, negara itu bermusim dan apabila musim sejuk, mereka kurang cahaya matahari sedangkan pengeluaran hasil tanaman perlu diteruskan," katanya sambil memberitahu syarikatnya sudah mempunyai beberapa pelanggan tempatan.
    "Percaya atau tidak, seorang pengkaji Sweden menyatakan, buah tomato yang dipancarkan dengan cahaya LED mampu menghasilkan rasa yang lebih sedap berbanding dengan cahaya lampu konvensional," ujarnya mengakui lampu LED mempunyai potensi untuk dimajukan dalam pelbagai bidang pada masa depan.
    Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau menjalin kerjasama dengan syarikat KCC, boleh menghubungi talian 012-4518821.
    Back to top Go down
    rosdan
    AJK Forum
    AJK Forum


    Number of posts: 400

    PostSubject: Re: Lampu LED teknologi terkini.   3rd August 2009, 10:29 am

    KESALAHAN FAKTA...


    [quote="ashralf8"]Lampu LED lebih 'hijau'


    Oleh ADHAM SHADAN
    adham.shadan@kosmo.com.my



    Tahukah anda bahawa kedua-duanya beroperasi secara pemanasan dan turut mengeluarkan gas-gas berbahaya seperti halogen, merkuri dan karbon dioksida? Mengenai aspek pemanasan pula, jangankan lampu kalimantang yang dipasang sehari suntuk, lampu yang baru dipasang tidak sampai 10 minit pun sudah terasa panas jika anda menyentuh kaca lampu tersebut.

    -- pengarang mencampuradukkan kesan dari lampu kalimantang, halogen, dan pijar
    --wikipedia: lampi pijar memang mengeluarkan haba (yang banyak) dan karbon dioksida, tapi bukan flourescent light. lampu kalimantang tidak mengandungi halogen, tapi ada merkuri (raksa)


    negara Australia telah pun mengharamkan penggunaan lampu pijar dan kalimantang.

    -- australia tidak mengharamkan lampu kalimantang. cuma dia mengharamkan penjualan lampu mentol biasa.

    Menjelang tahun 2010, negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand telah memandatorikan penukaran semua lampu mentol berfilamen dan kalimantang konvensional kepada satu lampu alternatif. Apakah dia?

    -- salah lagi... http://www.dswa.com/programs_CFL.asp USA ban incandecent lamp (mentol biasa) dari 2012. kalimantang TIDAK diharamkan..
    Back to top Go down
    http://dent73.wordpress.com
    mie_974+4646
    Penduduk Lama
    Penduduk Lama


    Number of posts: 136

    PostSubject: Re: Lampu LED teknologi terkini.   3rd August 2009, 11:35 pm

    nak tanya..
    camna plak ngan downlite yg kita gunakan di rumah ni?
    certain downlite ada dinyatakan pada kotaknya, tidak seuai dipasang tertutup...
    how to say it, ek?
    hurm, maksudnya, bawah downlite tu x leh ada cermin penghadang...
    maybe sebab haba yg dihasilkan ada effect, kot...

    mohon pendapat tuan berdua...
    or from others...
    thanx...
    Back to top Go down
    http://www.hasil.gov.my
    becor
    AJK Forum
    AJK Forum


    Number of posts: 1500

    PostSubject: Re: Lampu LED teknologi terkini.   4th August 2009, 1:33 pm

    mie_974+4646 wrote:
    nak tanya..
    camna plak ngan downlite yg kita gunakan di rumah ni?
    certain downlite ada dinyatakan pada kotaknya, tidak seuai dipasang tertutup...
    how to say it, ek?
    hurm, maksudnya, bawah downlite tu x leh ada cermin penghadang...
    maybe sebab haba yg dihasilkan ada effect, kot...

    mohon pendapat tuan berdua...
    or from others...
    thanx...

    MUNGKIN GAK LAR..sbb klu on downlight terasa la panas sket kat umah...nak2 lagi dlm bilik..
    Back to top Go down
    mie_974+4646
    Penduduk Lama
    Penduduk Lama


    Number of posts: 136

    PostSubject: Re: Lampu LED teknologi terkini.   4th August 2009, 11:47 pm

    becor wrote:
    mie_974+4646 wrote:
    nak tanya..
    camna plak ngan downlite yg kita gunakan di rumah ni?
    certain downlite ada dinyatakan pada kotaknya, tidak seuai dipasang tertutup...
    how to say it, ek?
    hurm, maksudnya, bawah downlite tu x leh ada cermin penghadang...
    maybe sebab haba yg dihasilkan ada effect, kot...

    mohon pendapat tuan berdua...
    or from others...
    thanx...

    MUNGKIN GAK LAR..sbb klu on downlight terasa la panas sket kat umah...nak2 lagi dlm bilik..


    kat rumah saya ni, d/l kat ruang tamu jer...
    kat mentol stated "cool daylight"..
    tapi tah le, x pernha plak pakai "warm white"...
    so, x tau la bezanya...

    satu lagi,
    d/l ni, x leh pasang lelama ker?
    sebab hari tu pasang, x sampai sebulan da blow plak...
    Back to top Go down
    http://www.hasil.gov.my
    syamsul_767
    Bakal Jadi AJK Forum
    Bakal Jadi AJK Forum


    Number of posts: 233

    PostSubject: Re: Lampu LED teknologi terkini.   5th August 2009, 8:58 am

    Quote:
    satu lagi,
    d/l ni, x leh pasang lelama ker?
    sebab hari tu pasang, x sampai sebulan da blow plak...


    kadang2 jenama bulb tu memainkan peranan gak dlm ketahanan penggunaan...just my 2 cents... cheers
    Back to top Go down
    half-fizz
    AJK Forum
    AJK Forum


    Number of posts: 813

    PostSubject: Re: Lampu LED teknologi terkini.   5th August 2009, 10:57 am

    mie1234567,

    cool daylight = cahaya putih
    warm white = cahaya kuning
    takde kene mengena dgn kepanasan

    pasal brand tu, pakai lah brand apa pun, kalau ia nak terbakar, maka terbakarlah jua ia.
    tapi elok pakai Osram lah. warranti setahun. kalau terbakar gi tukar kat Toplamp tu.
    yg baru tu pun warranti setahun. kalau terbakar lagi, gi tukar lagi. Begitulah seterusnya.
    Dah macam lifetime warranty je.

    _________________
    BBRCF milestones :
    100 members on June-5-2009 :::: 200 members on Aug-6-2009 :::: 300 members on Oct-29-2009 :::: 400 members on Dec-09-2009 :::: 500 members on 25-Jan 2009 :::: bila masa cecah 1000 members tak tau ::::
    On 9/11/2010, We have 1047 registered users
    Most users ever online was 81 on Sun 1 Aug - 23:05

    Dan lawatilah blog Masjid Bandar Bukit Raja : http://blogmasjid.bandarbukitraja.org/
    Back to top Go down
    ashralf8
    AJK Forum
    AJK Forum


    Number of posts: 380

    PostSubject: Re: Lampu LED teknologi terkini.   7th August 2009, 12:02 am

    half-fizz wrote:
    mie1234567,

    cool daylight = cahaya putih
    warm white = cahaya kuning
    takde kene mengena dgn kepanasan

    pasal brand tu, pakai lah brand apa pun, kalau ia nak terbakar, maka terbakarlah jua ia.
    tapi elok pakai Osram lah. warranti setahun. kalau terbakar gi tukar kat Toplamp tu.
    yg baru tu pun warranti setahun. kalau terbakar lagi, gi tukar lagi. Begitulah seterusnya.
    Dah macam lifetime warranty je.


    lol! Wah bestla macam tu, sebulan satu mentol terbakar,tiap2 bulan dapat mentol baru. Kat rumah hang ada berapa biji lampu mentol.??? Tuan punya kedai lampu, makan modal la kalau macam nie. Patutnya jangka hayat mentol perlu diambil kira sebelum mereka jual. Rugi ooo... Osram made dari mana yang mudah terbakar tu.. Ori punya part ker? scratch
    Back to top Go down
    syamsul_767
    Bakal Jadi AJK Forum
    Bakal Jadi AJK Forum


    Number of posts: 233

    PostSubject: Re: Lampu LED teknologi terkini.   7th August 2009, 4:27 pm

    Osram made in China agaknye.... lol!..ada ke Osram tiruan Question
    Back to top Go down
    mie_974+4646
    Penduduk Lama
    Penduduk Lama


    Number of posts: 136

    PostSubject: Re: Lampu LED teknologi terkini.   8th August 2009, 8:37 am

    half-fizz wrote:
    mie1234567,

    cool daylight = cahaya putih
    warm white = cahaya kuning
    takde kene mengena dgn kepanasan

    pasal brand tu, pakai lah brand apa pun, kalau ia nak terbakar, maka terbakarlah jua ia.
    tapi elok pakai Osram lah. warranti setahun. kalau terbakar gi tukar kat Toplamp tu.
    yg baru tu pun warranti setahun. kalau terbakar lagi, gi tukar lagi. Begitulah seterusnya.
    Dah macam lifetime warranty je.


    owh...yeke...
    thanx...
    hari tu pakai Philips, 24W, beli kat TESCO...
    lepas pada hari tu, dah bukak cover cermin kat bawah d/l tu...
    cahayanya terang benderang la...
    tp da kurang lawa la plak...

    mentol Osram tu, bape rege sebutir?
    Back to top Go down
    http://www.hasil.gov.my
    syamsul_767
    Bakal Jadi AJK Forum
    Bakal Jadi AJK Forum


    Number of posts: 233

    PostSubject: Re: Lampu LED teknologi terkini.   10th August 2009, 9:03 am

    bulb osram CFL 20W dlm RM 19.90 klu x silap aku...aritu x register kempen 'SWITCH' anjuran SD ker...satu bulb cuma RM 6.25 je...dah jimat RM 13.65 tu.... bounce
    Back to top Go down
    mie_974+4646
    Penduduk Lama
    Penduduk Lama


    Number of posts: 136

    PostSubject: Re: Lampu LED teknologi terkini.   13th August 2009, 1:32 am

    syamsul_767 wrote:
    bulb osram CFL 20W dlm RM 19.90 klu x silap aku...aritu x register kempen 'SWITCH' anjuran SD ker...satu bulb cuma RM 6.25 je...dah jimat RM 13.65 tu.... bounce


    ada, ada...
    mmg murah la...
    tapi ada 4 kuning, 4 putih la plak..
    kalau ada sesapa nak yg kuning tu, boleh lah kalu nak tukar...
    Back to top Go down
    http://www.hasil.gov.my
    hafidzhmh
    AJK Forum
    AJK Forum


    Number of posts: 1158

    PostSubject: Re: Lampu LED teknologi terkini.   13th August 2009, 10:06 am

    mie_974+4646 wrote:
    syamsul_767 wrote:
    bulb osram CFL 20W dlm RM 19.90 klu x silap aku...aritu x register kempen 'SWITCH' anjuran SD ker...satu bulb cuma RM 6.25 je...dah jimat RM 13.65 tu.... bounce


    ada, ada...
    mmg murah la...
    tapi ada 4 kuning, 4 putih la plak..
    kalau ada sesapa nak yg kuning tu, boleh lah kalu nak tukar...


    korang beli bape kotak??
    so far downlight kat hall blom pernah terbakar..
    Back to top Go down
    http://www.zerotohundred.com
    hafidzhmh
    AJK Forum
    AJK Forum


    Number of posts: 1158

    PostSubject: Re: Lampu LED teknologi terkini.   13th August 2009, 10:31 am

    [quote="rosdan"]KESALAHAN FAKTA...


    ashralf8 wrote:
    Lampu LED lebih 'hijau'


    Oleh ADHAM SHADAN
    adham.shadan@kosmo.com.my



    Tahukah anda bahawa kedua-duanya beroperasi secara pemanasan dan turut mengeluarkan gas-gas berbahaya seperti halogen, merkuri dan karbon dioksida? Mengenai aspek pemanasan pula, jangankan lampu kalimantang yang dipasang sehari suntuk, lampu yang baru dipasang tidak sampai 10 minit pun sudah terasa panas jika anda menyentuh kaca lampu tersebut.

    -- pengarang mencampuradukkan kesan dari lampu kalimantang, halogen, dan pijar
    --wikipedia: lampi pijar memang mengeluarkan haba (yang banyak) dan karbon dioksida, tapi bukan flourescent light. lampu kalimantang tidak mengandungi halogen, tapi ada merkuri (raksa)


    negara Australia telah pun mengharamkan penggunaan lampu pijar dan kalimantang.

    -- australia tidak mengharamkan lampu kalimantang. cuma dia mengharamkan penjualan lampu mentol biasa.

    Menjelang tahun 2010, negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand telah memandatorikan penukaran semua lampu mentol berfilamen dan kalimantang konvensional kepada satu lampu alternatif. Apakah dia?

    com/programs_CFL.asp USA ban incandecent lamp (mentol biasa) dari 2012. kalimantang TIDAK diharamkan..


    keta wife pun da mula guna lampu LED ( tp kat no plat jer ) lol!
    Back to top Go down
    http://www.zerotohundred.com
    syamsul_767
    Bakal Jadi AJK Forum
    Bakal Jadi AJK Forum


    Number of posts: 233

    PostSubject: Re: Lampu LED teknologi terkini.   13th August 2009, 2:35 pm

    Quote:
    korang beli bape kotak??
    so far downlight kat hall blom pernah terbakar..


    beli 1 kotak je....wat spare.... Smile
    Back to top Go down
     

    Lampu LED teknologi terkini.

    View previous topic View next topic Back to top 
    Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

     Similar topics

    -
    » LAMPU DEPAN YANG CANTIK UNTUK ALZA
    » Sembang elektrikal dan modifikasi Lampu disini V1
    » lampu led utk brek kt coocase v5 tk menyala
    » Harga terkini motor SYM di tempat anda
    » Nak pasang lampu LED dan Hon spt siren.

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
    Komuniti Forum Bandar Bukit Raja, Klang Selangor - bukitraja.net  :: Komuniti Bandar Bukit Raja :: D.I.Y - Do It Your Self-