Komuniti Forum Bandar Bukit Raja, Klang Selangor
 
HomeHome  Muka DepanMuka Depan  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Sekolah Satu Sistem

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
k rol
Bakal Jadi AJK Forum
Bakal Jadi AJK Forum


Number of posts: 248

PostSubject: Sekolah Satu Sistem   9th November 2009, 10:56 am

Fantasi mewujudkan sekolah satu sistem — Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

NOV 8 — Isu satu sekolah, satu sistem pendidikan bukanlah satu perkara baru. Ia telah dibahaskan sejak dahulu lagi. Keadaan masih sama dan tidak banyak berubah. Jawapannya, mudah sahaja, pendidikan telah dipolitikkan.

Jika bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan tidak dapat dimartabatkan bagaimanakah kita boleh pergi lebih jauh daripada itu? Kita mempunyai peruntukan dalam perlembagaan, tetapi ia tidak digunakan atau dikuatkuasakan.

Kita sibuk melayani tuntutan dan desakan politik segelintir kumpulan ultra kiasu. Akhirnya, bahasa dan sistem pendidikan tidak dapat diperkasakan di bumi sendiri. Bila ada ura-ura untuk mewujudkan satu sistem pendidikan, maka golongan ultra kiasu ini akan bangun menentang. Pada mereka, peninggalan nenek moyang mesti dipertahankan bermati-matian.

Mereka akan melakukan apa jua cara termasuk mendesak dan mengugut jika kerajaan meneruskan niatnya. Akhirnya, kerajaan terpaksa tunduk. Sistem satu sekolah senyap buat seketika.

Kini suara itu muncul kembali, tetapi dengan nada berlainan. Satu sekolah untuk sekolah aliran menengah. Sememangnya aliran menengah telah lama disatukan. Tidak banyak lagi sekolah vernakular untuk aliran menengah, berbanding aliran rendah.

Boleh dikatakan kebanyakan bukan Melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah kebangsaan disebabkan oleh tempat yang terhad di sekolah menengah Cina. Justeru, tidak timbul isu sebenar, satu sistem pendidikan untuk sekolah menengah.

Perkara pokok yang perlu dibahaskan secara serius ialah bagaimanakah hendak mewujudkan satu sistem pendidikan yang dapat menyatukan anak-anak di peringkat sekolah rendah?

Kajian demi kajian dan pengalaman menunjukkan bahawa akibat mereka dipisahkan dari kecil amat sukar untuk disatukan ketika mereka meningkat remaja berada di sekolah menengah.

Sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah yang majority pelajar bukan Melayu, saya dapat merasakan hubungan kaum berada pada tahap amat membimbangkan. Pelajar-pelajar ini tidak bercampur setelah enam tahun dipisahkan di sekolah rendah.

Dengan sebab itu, polarisasi kaum terbawa-bawa hingga ke peringkat menengah dan pengajian tinggi. Sampai bilakah kita akan terus membincangkan isu ini? Selagi kita tunduk kepada tuntutan dan ugutan mereka, sampai kucing bertanduk pun kebuntuan ini tidak akan dapat dipecahkan.

Sedih yang teramat sangat, apabila kita hanya memikir kepentingan masa kini berbanding dengan kepentingan masa hadapan. Kepentingan politik diutamakan, kepentingan membina negara diabaikan. Mungkin kita tidak berapa merasai sangat kesannya hari ini, tetapi sanggupkah kita tinggalkan semuanya ini kepada anak cucu cicit kita?

Berkali-kali saya katakan, akibat sistem pendidikan perkauman sebegini menjadikan hubungan kaum di negara ini ibarat api yang tidak dapat dipadamkan sepenuhnya.

Kita berjaya memadamkan api tersebut, tetapi bara api itu masih menyala. Bara inilah yang amat membahayakan untuk jangka panjang.

Dalam dunia hanya negara kita sahaja yang menerima pakai pelbagai system aliran sekolah. Negara lain hanya ada satu sekolah. Sebenarnya Malaysia adalah ‘syurga’ kepada orang bukan Melayu. Mereka dapat apa yang sepatutnya mereka tidak berhak. Perkara yang menguntungkan ini biasanya disenyapkan, malah golongan ini terus mendesak agar sekolah vernacular terus ditambah.

Persoalannya, adakah kita bersungguh-sungguh dalam soal ini? Berkali-kali saya membangkitkan bahawa kepentingan nasional atau negara mesti diletakkan di hadapan berbanding kepentingan etnik.

Agenda nasional adalah untuk memperkasakan masa hadapan, manakala agenda etnik, lebih bersifat kepada kelompok-kelompok tertentu sahaja. Kerajaan mesti membuat keputusan yang tegas dan tidak boleh tunduk atau bertolak ansur dalam memperkasakan masa hadapan.

Saya bukan bermaksud kita menghapuskan hak bukan Melayu untuk belajar bahasa ibunda mereka. Mereka masih boleh belajar bahasa ibunda mereka, tetapi pelajar-pelajar ini tidak boleh dipisah-pisahkan sejak dari kecil.

Cukuplah dengan sistem politik dan ekonomi yang bersifat perkauman. Jangan kita tambahkan lagi dengan sistem pendidikan yang menjadi tunggak kepada pembangunan negara bangsa.

Benar, kita perlu berbincang. Tetapi pernahkah mereka bersetuju? Jawabnya tidak pernah. Malah mereka semakin mendesak dan menuntut. Justeru, apa tunggu lagi? Apakah kita perlu menunggu peristiwa 13 Mei berulang untuk kita mengkaji semula sistem pendidikan kita? Ketika itu sudah terlambat.

Berapa lama masa diambil untuk bangun semula selepas itu? Pendek kata, kesan 13 Mei masih lagi kita dapat rasai hingga hari ini bagaimana sukarnya untuk bangun setelah jatuh.

Alasan yang mengatakan bahawa sekolah kebangsaan terlalu keMelayuan dan keIslaman (doa pagi) bukanlah hujah yang kuat untuk menolak sekolah satu sistem. Apakah lagi identiti yang boleh ditonjolkan dalam sebuah Negara yang berakarkan sebuah bangsa?

Kalau ini pun dicabut, apakah lagi identiti yang tinggal kepada Melayu dan Islam? Tidakkah kita sedar kedudukan ini dijamin dalam Perlembagaan?

Apakah kita masih belum faham perkara asas itu setelah sekian lama hidup di bumi bertuah ini?
Back to top Go down
half-fizz
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 813

PostSubject: Re: Sekolah Satu Sistem   9th November 2009, 12:09 pm

Yang paling best sekali, puak2 yang kononnya memperjuangkan kesamarataan untuk semua rakyat malaysia adalah puak2 yang sama menentang sekolah satu sistem.

Selagi sekolah tak boleh diseragamkan, jangan harap lah banga Malaysia nak wujud.

Dan selama itulah rakyat Malaysia yang tak pernah menjejakkan kaki ke negara2 Inggeris boleh bercakap bahasa Inggeris selancar orang Inggeris, tak pernah ke India tapi fasih berbahasa India, tak pernah ke China tapi fasih berbahasa Cina, tapi tak pandai berbahasa Malaysia walaupun seumur hidup duduk di Malaysia.

_________________
BBRCF milestones :
100 members on June-5-2009 :::: 200 members on Aug-6-2009 :::: 300 members on Oct-29-2009 :::: 400 members on Dec-09-2009 :::: 500 members on 25-Jan 2009 :::: bila masa cecah 1000 members tak tau ::::
On 9/11/2010, We have 1047 registered users
Most users ever online was 81 on Sun 1 Aug - 23:05

Dan lawatilah blog Masjid Bandar Bukit Raja : http://blogmasjid.bandarbukitraja.org/
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: Sekolah Satu Sistem   22nd November 2009, 6:25 pm

I have alots of Chinese and Indian colleagues....to be frank none of them agreed on this matter....Kita orang Melayu yang selalu sangat berdasarkan semangat "Tak Pelah" sudah jadi cacing naik ke mata....we all are so lenient! this is the fact which we can't deny it...Tengok negara jiran kita sebelah menyebelah...ada ke macam Malaysia....Hanya orang Politik saja yang untung!
Orang Cina boleh cakap Mandarin &Melayu
Orang India boleh cakap Tamil & Melayu
Orang Melayu boleh cakap Melayu.......and Only Melayu....

Dalam Meeting bila dia nak kata sesuatu yang secretive....cakap bahasa diaorang....orang melayu nganga jelah....apa hah!
Bukan Racist tapi ini kenyataan, Bukan Satu malaysia ini hakikat yang kita kena tahu.....Infact tak ada satu pun Non malay nak bagi komen dalam forum nie...kita pun tak nak gaduh and we respect each other...semua cari makan kat bumi Malaysia nie....

Bila cakap pasal ni ,diaorang raisekan pulak isu raja and sosial kontrak, hak bumiputera dan kuota....jadi betullah kata Ridhuan Tee, sampai bila pun tak habis...Kalau betul nak jadi One Malaysia.Semua ni kena kaji balik....and sudah tentu only one mother tongue is applied that is Bahasa Malaysia....no more SRJK C & T ...hanya sekolah kebangsaan... Boleh ke terlaksana?Just my opinion....
Back to top Go down
amd
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 15

PostSubject: Re: Sekolah Satu Sistem   24th November 2009, 12:23 am

secara dasar sudah termaktub dlm perlembagaan berhubung keistimewaan...kepelbagaian bangsa juga satu keistimewaan dalam hubungan masyarakat..hubungan masyarakat dalam konteks golongan atasan dan bawahan yang menjadi persoalan...adakah ini dikatakan penerapan sis.feudal..kenyataannya golongan berpengaruh/atasan yang lantang bersuara berhubung hal ini.ada agenda tersendiri..tapi kalu lihat pada senario kehidupan tiada pun yang berbunyi di lapisan bawahan...hidup seperti biasa..jalani rutin kehidupan seharian..
Back to top Go down
becor
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 1500

PostSubject: Re: Sekolah Satu Sistem   25th November 2009, 1:24 am

lavender75 wrote:
I have alots of Chinese and Indian colleagues....to be frank none of them agreed on this matter....Kita orang Melayu yang selalu sangat berdasarkan semangat "Tak Pelah" sudah jadi cacing naik ke mata....we all are so lenient! this is the fact which we can't deny it...Tengok negara jiran kita sebelah menyebelah...ada ke macam Malaysia....Hanya orang Politik saja yang untung!
Orang Cina boleh cakap Mandarin &Melayu
Orang India boleh cakap Tamil & Melayu
Orang Melayu boleh cakap Melayu.......and Only Melayu....

Dalam Meeting bila dia nak kata sesuatu yang secretive....cakap bahasa diaorang....orang melayu nganga jelah....apa hah!
Bukan Racist tapi ini kenyataan, Bukan Satu malaysia ini hakikat yang kita kena tahu.....Infact tak ada satu pun Non malay nak bagi komen dalam forum nie...kita pun tak nak gaduh and we respect each other...semua cari makan kat bumi Malaysia nie....

Bila cakap pasal ni ,diaorang raisekan pulak isu raja and sosial kontrak, hak bumiputera dan kuota....jadi betullah kata Ridhuan Tee, sampai bila pun tak habis...Kalau betul nak jadi One Malaysia.Semua ni kena kaji balik....and sudah tentu only one mother tongue is applied that is Bahasa Malaysia....no more SRJK C & T ...hanya sekolah kebangsaan... Boleh ke terlaksana?Just my opinion....

kembali kepada fitrah..dalami sejarah malaysia..
renung2kan lah
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: Sekolah Satu Sistem   26th November 2009, 8:17 am

kembali kepada fitrah..dalami sejarah malaysia..
renung2kan lah[/quote]

Nothing much untuk direnung-renungkan...orang dah pegi jauh kedepan....tak tahulah pandangan orang berbeze-beza bro...Apa yang saya cakap straight from the heart.Saya tak pandai berkias....I am solely straight to the point...orang tak suka tapi dont deny the facts...Fakta adalah fakta......Smile
Back to top Go down
becor
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 1500

PostSubject: Re: Sekolah Satu Sistem   26th November 2009, 4:02 pm

bak kata DSAI.."Malaysia ini bukan orang melayu punya,Malaysia ini orang cina punya,Malaysia ini orang India punye"
ingat lagi aku statement nie masa dia berkempen kat klang...so camner?orang melayu nak duk maner?
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: Sekolah Satu Sistem   26th November 2009, 10:47 pm

becor wrote:
bak kata DSAI.."Malaysia ini bukan orang melayu punya,Malaysia ini orang cina punya,Malaysia ini orang India punye"
ingat lagi aku statement nie masa dia berkempen kat klang...so camner?orang melayu nak duk maner?


Pada fikiran saya DSAI more towards to his own benefits...he will act which he feel can deemed beneficial to him lol! most politicians are like that lol! lol! lol! Kiter duk Bandar Bukit Raja aper bro, kelas gitu!...hehehehe gurau ye jangan marah...
Back to top Go down
becor
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 1500

PostSubject: Re: Sekolah Satu Sistem   27th November 2009, 9:42 pm

lavender75 wrote:
becor wrote:
bak kata DSAI.."Malaysia ini bukan orang melayu punya,Malaysia ini orang cina punya,Malaysia ini orang India punye"
ingat lagi aku statement nie masa dia berkempen kat klang...so camner?orang melayu nak duk maner?


Pada fikiran saya DSAI more towards to his own benefits...he will act which he feel can deemed beneficial to him lol! most politicians are like that lol! lol! lol! Kiter duk Bandar Bukit Raja aper bro, kelas gitu!...hehehehe gurau ye jangan marah...

hehehe..tu la pasal..memang dia buat untuk dia..terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata orang 'menumpang' gembira... Crying or Very sad
Back to top Go down
rosdan
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 399

PostSubject: Re: Sekolah Satu Sistem   27th November 2009, 9:52 pm

becor wrote:
lavender75 wrote:
becor wrote:
bak kata DSAI.."Malaysia ini bukan orang melayu punya,Malaysia ini orang cina punya,Malaysia ini orang India punye"
ingat lagi aku statement nie masa dia berkempen kat klang...so camner?orang melayu nak duk maner?


Pada fikiran saya DSAI more towards to his own benefits...he will act which he feel can deemed beneficial to him lol! most politicians are like that lol! lol! lol! Kiter duk Bandar Bukit Raja aper bro, kelas gitu!...hehehehe gurau ye jangan marah...

hehehe..tu la pasal..memang dia buat untuk dia..terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata orang 'menumpang' gembira... Crying or Very sad



hmmm...
Back to top Go down
http://dent73.wordpress.com
 

Sekolah Satu Sistem

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Sekolah Satu Sistem
» Sistem Penggera & CCTV
» Siapa Yg setuju XC jadi SISTEM UNDANGAN?? POLL DI sini.. Dan Tharade Ini jgn di pindahnin...
» PENTING BANGET!! ( PERIHAL PERUBAHAN SISTEM TRADING)
» BARANGAN VANTAGE - HARGA ISTIMEWA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Forum Bandar Bukit Raja, Klang Selangor - bukitraja.net  :: Lain-lain :: Politik-