Komuniti Forum Bandar Bukit Raja, Klang Selangor
 
HomeHome  Muka DepanMuka Depan  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Grounding wire (DIY pada kereta anda)532
Share | 
 

 Grounding wire (DIY pada kereta anda)

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
no 51
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 7

PostSubject: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   14th December 2009, 3:14 pm

Barang-barang yg diperlukan:



kabel 8GA.. klau dpt 4GA ok, tapi harga pon “ok” jgk..huhuhu..



bende nie namanya cable lug..



stainless steel plate (ssp)

so bermula lah pembinaannya..



tebuk dlu lubang secukup rase pada stainless steel berkenaan..

then potong cable td brape panjang yg diperlukan dari point2 grounding tue ke stainless steel plate (ssp) tue.. then paterikan hujung cable tue pada connector tue. but before pateri, pastikan connector tue di gosok dlu ngn kertas pasir, coz ada lapisan oksida kat kawasan connector tue.ade lapisan oksida nie, tak bape bagus sngt. so gosok ngn kertas pasir sampai berkilat.

then paterikan wayar tu ngn connector. nak pateri nie kne ade skill sket, baru hasil nya lawa.. tips dia senang jek. letak bit pateri tue dlm 30-40 saat kat connector tue, biar smpai panas, then baru letak timah tu. ngn cara nie, timah tu akan cair and gigit skali kabel ngn connector tue.



ade sbijik gmba ni jek..xtau ah nmpk ke tak ape aku maksudkan kat atas tue.

dah siap pateri dua-dua hujung cable, so bley la pasang..
nie la hasilnya..




dari compressor aircond ke block, dari block smbung ke body



from throttle body



kat blok enjin..



juga dari blok enjin..



ssp td tu diskru kat bar..




sambung cable dari ssp gie terminal negatif bateri…1 lg cable smbung dari body ke negatif jgk..




hasilnya.. kemas sket..xnmpk wayar berselirat2..
Back to top Go down
eshakimaina_zul
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 1438

PostSubject: Re: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   14th December 2009, 4:54 pm

macam mcgyver la.....
apa perbezaan 'before' and 'after' grounding wire ni ditambah?
boleh strory sikit?
lagi satu berapa minimum grounding wire & maximum grounding wire untuk sebiji kereta?
sebagai contoh gambar kelisa.......

p/s : ada gambar yg ko letak kat throttle body (TB)....tak silap aku tu bukan throttle body...itu inlet/intake manifold....TB yg kaler silver kat tengah tu...yg ada throttle cabel... Smile

_________________
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
Back to top Go down
shamam@
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 576

PostSubject: Re: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   14th December 2009, 9:33 pm

eshakimaina_zul wrote:
macam mcgyver la.....
apa perbezaan 'before' and 'after' grounding wire ni ditambah?
boleh strory sikit?
lagi satu berapa minimum grounding wire & maximum grounding wire untuk sebiji kereta?
sebagai contoh gambar kelisa.......

p/s : ada gambar yg ko letak kat throttle body (TB)....tak silap aku tu bukan throttle body...itu inlet/intake manifold....TB yg kaler silver kat tengah tu...yg ada throttle cabel... Smile

betoi2... nak gak tahu ape kelebihannya bila buat grounding wire ni kat keta. story le sket.... Cool
Back to top Go down
becor
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 1500

PostSubject: Re: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   16th December 2009, 8:13 am

ni citer ikut pengalaman aku la sket..masa jadi mat2 kete dulu..
bende nie ok lar sbb once pasang korang akan dgr enjin kete nyer rev rendah skit lar..means tak bising sgt,pastu memanjgkan jangka hayat bateri..
yang aku tahu untuk control electrical system pada kete,so dia kan control power bg setiap part yang digunakan..
lampu kete nampak cerah sket..tapi diingatkan cari yang ada brand sket sbb skang ni manyak china product maa..
itu je la stakat yang aku tahu..kalau aku salah info or tak betul bgtau ler.. Very Happy
Back to top Go down
sasman75
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 373

PostSubject: Re: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   16th December 2009, 5:31 pm

Salam semua..

Sedikit info utk dikongsikan bersama..

Grounding ni dalam bahasa mudah ialah sistem pembumian. Ianya untuk mengelak dari berlaku arus berlebihan dan juga terjadinya litar pintas. Dan kebiasaan ground wire ini diperbuat daripada copper dan agak mahal.

Kenderaaan dan kereta canggih sekarang banyak menggunakan komponen dan alat elektronik. Dan komponen elektronik ini mendapat arus dan kuasa daripada bateri. Bila kereta dihidupkan dan bergerak, semua komponen elektronik ini akan menerima dan berkehendakan arus dari bateri kereta. Dan jumlah arus serta timing/cycle yang diperlukan berbeza mengikut komponen elektronik tersebut. Korang jangan tanya berapa jumlah bacaan dan cycle pada setiap komponen…kantoi aku. Dan kebanyakkan kereta berkuasa bateri 12V. Dan ada ketikanya kereta kita memerlukan arus lebih daripada 12V semasa hendak memecut dan adakalanya kurang terutama semasa long distance, maksudnya kereta sudah selesa dan lega kerana tiada penukaran gear..maintain 100km/j contohnya. Dan yang perlu kita ketahui ialah arus berlebihan tidak akan masuk balik kedalam bateri. Ia akan tangkap wiring dan lama kelamaan menjadi nipis dan merosakkan alat elektronik kereta, itu yang selalu short..lampu tak nyala sebelah, power window sangkut, alarm tak bunyi dan macam2 lagi.

Dan percayalah kereta kita sebenarnya tidak stabil dari segi pengagihan arus elektrik itu sendiri.. Contoh senang adalah pada aircond dan penukaran gear. Anda perasan tak selepas menukarkan gear dan ingin memecut, akan dengar bunyi aircond menangkap dan kereta tersentak sikit…(betul ke ayat ni).. Ini disebabkan arus yang diperlukan oleh aircond adalah tinggi dan arus untuk penyalaan spark plug menjadi kurang dan pembakaran enjin tidak sempurna dan bergegar. Sebab tu korang tengok bebudak racer tak naik cermin kereta..nak lajulah katakan. Dan anda juga boleh test sendiri..bila kereta bergerak tutup aircond dan kemudian pasang balik ketika sedang bergerak…anda akan rasa kereta berat dan tersentak. Untuk kereta manual, pasang aircond masuk selekoh dan naik bukit pada kelajuan 40km/j gunakan gear 4 atau 5 dan anda akan rasailah massage free..silap2 x sempat rasa..hehe

Pemasangan ground wire ni adalah secara old fashion dan klasikal. Dan seelok2nya biarlah yang bertauliah je yang pasang, kalau tak bezzzz, bahaya, silap gaya short kereta.

Tetapi sekarang terdapat teknologi baru dan lebih efisien bukan setakat melindungi dari litar pintas malah memberi kuasa pecutan dan penjimatan minyak. Mudah dan selamat.. hanya cucuk aje di cigarette lighter..orang pompuan pun boleh buat. Ia dipanggil ‘Voltage Stabilizer’. Very Happy
Back to top Go down
http://berbaloi2.blogspot.com
half-fizz
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 813

PostSubject: Re: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   17th December 2009, 2:44 pm

aku pun nak share tapi bahasa aku bahasa pasar sikit la.

ni pendapat aku pasal grounding :

grounding ni utk clearkan residual charges / static pada components.
kalau tak clear, cas baru takleh masuk cantik sebab ada cas basi melepak kat situ.
macam bateri handphone, kalau pakai kasi abih lepastu baru cas, lebih tahan lama.
keta asal mmg dah ada grounding secukupnya, tapi kalau banyak tambah aksesori, memang perlukan grounding lebih la.
nak buat grounding ni, pakai wayar apa pun buleh, pakai besi hanger baju pun buleh, tapi berkarat plak nanti.
sebab tu ramai org pakai wayar speaker, cantik dan tak berkarat.
Saiz wayar lagi besar lagi baik, lagi cepat dischargenye (macam highway vs jalan kampung).


ni pendapat aku pasal karen kereta plak :

- kalau tak salah, demand letrik keta ni measured ngan ampere bukan volt.
bila kita memecut, lagi tinggi rev, lagi manyak karen pakai (nak chargekan spark plug dan lain lain).
kalau upgrade sound system pakai amplifier beribu2 watt, pun nak karen lebih. (sebab tu kalau org upgrade sound system letak capacitor )
Kalau bateri kena supply karen lebih dari yg dapat dibekalkan oleh alternator, maka voltage akan drop sikit la untuk cover kekurangan tu.
kalau banyak sangat aksesori / rev keta sampai rpm mencecah awan, karen diperlukan makin banyak.
bila tiba masa ampere current tu melebihi dari apa yg dapat ditampung dek fuse, fuse akan blow.
kalau fuse rating lagi tinggi dari alat letrik tu, alat tu pulak la blow.

- pasal aircon tersentak2 tu pulak, sebab masa kita tak pasang aircon, compressor aircon tu berputar bebas. Bila kita 'on' aircon, compressor to dah ada beban. Jadi belting aircon tu terkejut, tu yg tersentak2 tu. bukan pasal letrik. bebudak racer tak naik cermin sebab compressor aircon pakai belt yg ditarik menggunakan kuasa enjin ( 'makan' horsepower ).
dan sebab tu jugak kalau nak pasang/tutup aircon, eloknya masa kereta tak bergerak.


semua di atas tu pendapat peribadi aku je. Tidak disokong apa2 kajian atau fakta. Main agak2 je.

_________________
BBRCF milestones :
100 members on June-5-2009 :::: 200 members on Aug-6-2009 :::: 300 members on Oct-29-2009 :::: 400 members on Dec-09-2009 :::: 500 members on 25-Jan 2009 :::: bila masa cecah 1000 members tak tau ::::
On 9/11/2010, We have 1047 registered users
Most users ever online was 81 on Sun 1 Aug - 23:05

Dan lawatilah blog Masjid Bandar Bukit Raja : http://blogmasjid.bandarbukitraja.org/
Back to top Go down
no 51
Penduduk Baru
Penduduk Baru


Number of posts: 7

PostSubject: Re: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   17th December 2009, 2:49 pm

terima kasih atas info kengkawan semua..... wah..... seronok kan... dapat info bersama mcm ni.... alhamdulilah
Back to top Go down
sasman75
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 373

PostSubject: Re: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   18th December 2009, 9:48 pm

Salam,

Tambahan sedikit,

Betul la apa yang En. half fizz cakapkan tu. Cuma komen tang aircon.. Kalo bukak bonet kereta, rasanya sama ngan aku (Atos) tengok kat kotak fius, kalo belum karat lagi le..ada tulis A/con. Betul pasal aircon belt dan compressor tu..but yang lain2 part seperti blower, motor dan sebagainya still pakai karen. Pengalaman aku dulu.. bila aku on aircon bubuh kat dua pun masih terasa panas dan angin je kluar..mula2 ingatkan gas habis atau blower rosak pergi pomen dan check rupanya fius aircon terbakar.

Cuma aku konpius kenapa dulu bila bawa kereta on aircond kereta jadi berat dan takde pickup. Bila aku bubuh kotak hitam tu terus ok dari segi pickup dan aku on dan tutup kejap dan pasang aircond balik kereta tak rasa jerk/sentak ketika pemanduan. Dan aircond pun terasa cepat sejuk.

Pasal kiraan dan measurement ni rasanya eloklah kita refresh balik..seronak gak, dulu aku kat sekolah tak ambik pot pun..hehe. Aku bukan Electrical Engineer, kalo salah tlg betulkan.

Biasanya dalam kiraan elektrik ada Voltan (V), Arus (I) dan Rintangan (R) dan bacaannya dalam Volt, Ampere dan Ohm.

Formulanya, V = I x R

Dalam kes ini (V) adalah bateri dan arus yang mengalir dalam wiring adalah (I), manakala komponen elektronik adalah (R). Bila banyak aksesori dan komponen elektronik yang ditambah maka (R) pun bertambah menyebabkan (V) tak dapat supply secukupnya. Kebanyakkan kereta berkuasa bateri 12V. Dan wiring itu pun ada rintangan dan takat leburnya sendiri. Contoh speaker belakang kereta, rintangannya tinggi sedikit disebabkan wirenya panjang berbanding dengan speaker di depan. Ini memerlukan (I) yang lebih sedikit.

Formula kedua, P = I x V atau P = I˛R

Jika arus cukup pada semua komponen elektronik dan bateri pun stabil, maka barulah pergerakan kereta lancar, sempurna dan dapatlah power. Atau power memerlukan arus 2 kali ganda daripada jumlah rintangan tetapi hendaklah dikawal oleh device yang boleh control pengagihan arus tersebut dengan selamat dan sempurna.
Back to top Go down
http://berbaloi2.blogspot.com
Guest
Guest



PostSubject: Re: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   6th February 2010, 4:40 pm

Since korang sume pakar, aku nak tanya sikit.Dulu waktu mula-mula pasang amplifier and radio takder pulak bunyi echo ke humming sound,senyap je tapi sekarang setelah keto aku makin tuo dah lebih 7 tahun lagi ditokan minyak lagi tinggi bunyi humming nie (lebih parah bila pakai radio sebab frequency kot, kalau pakai CD masih boleh terima lagi) ini adakah kena mengena dengan grounding?...ada sesapa boleh jelaskan kenapa dan apakah pembetulan yang boleh pakcik buek...timo kasih! rabbit
Back to top Go down
sasman75
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 373

PostSubject: Re: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   7th February 2010, 5:27 pm

lavender75 wrote:
Since korang sume pakar, aku nak tanya sikit.Dulu waktu mula-mula pasang amplifier and radio takder pulak bunyi echo ke humming sound,senyap je tapi sekarang setelah keto aku makin tuo dah lebih 7 tahun lagi ditokan minyak lagi tinggi bunyi humming nie (lebih parah bila pakai radio sebab frequency kot, kalau pakai CD masih boleh terima lagi) ini adakah kena mengena dengan grounding?...ada sesapa boleh jelaskan kenapa dan apakah pembetulan yang boleh pakcik buek...timo kasih! rabbit

Sebelum tu nak tanya..

1. Dah check dengan pomen. Apa kata pomen?
2. Amplifier yang dipasang tu seusia dengan kereta ke? 7 tahun?
3. Selain dari amplifier ada install speaker, woofer, tweeter atau aksessori audio yang lain?
4. Kalau kereta dalam keadaan berhenti, engine on apakah masih ade bunyi echo/humming tu?
5. Selain masalah bunyi pada radio ada lain problem tak pada alat komponen elektronik atau pun apa2 yang dirasai
pelik semasa menokan pedal minyak tu?
6. Ade beza tak pada sound radio tu kalau tokan minyak ketika on dan sewaktu off a/cond?
7. Kereta jenis/model apa bro?

Ishhkk..aku tanya soalan macam koperal plak.
Back to top Go down
http://berbaloi2.blogspot.com
Guest
Guest



PostSubject: Re: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   11th February 2010, 7:52 am

Salam Sasman75

Huh! interrogation ni namanyer...hehehehe...Den jawab,

1. Dah check dengan pomen. Apa kata pomen?
Bolun
2. Amplifier yang dipasang tu seusia dengan kereta ke? 7 tahun?
Baru 3 tahun....
3. Selain dari amplifier ada install speaker, woofer, tweeter atau aksessori audio yang lain?
Sume ado....Woofer,tweeter,preamp,hehehe....minat musik!tu yang angin tu pasal sound dah lari sikit.
4. Kalau kereta dalam keadaan berhenti, engine on apakah masih ade bunyi echo/humming tu?
Ado! tapi amat perlahan.
5. Selain masalah bunyi pada radio ada lain problem tak pada alat komponen elektronik atau pun apa2 yang dirasai
pelik semasa menokan pedal minyak tu?Tak ado raso eh!
6. Ade beza tak pada sound radio tu kalau tokan minyak ketika on dan sewaktu off a/cond?Samo jo!
7. Kereta jenis/model apa bro?Waja 1.6 Standard Edition.

Jadi Apokah masalah eh tuan?
Back to top Go down
eshakimaina_zul
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 1438

PostSubject: Re: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   11th February 2010, 8:16 am

untuk lavender75,

bro, nak tanya skit...
ni bunyi macam frekuensi ke?
bila enjin idling bunyi tu rendah, bila enjin hi-rev bunyi tu makin kuat....

kalau bunyi ni (frekuensi) aku rasa kena tambah 'suppressor'
biasa kat kedai-kedai aksesori kereta diorang tau....

aku agak-agak je.... Very Happy

_________________
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
Back to top Go down
half-fizz
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 813

PostSubject: Re: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   11th February 2010, 2:26 pm

kok makin laju makin berdongung, poie la check bearing roda keto kau tu.
kalau tak kiro laju ko pelahan ko, totap berdongung yo, ado la speaker yg short tu.
Tak pun memang radio kau dah rusak. Nak kono ganti ngan Alpine DVA-9965R lah tu.

_________________
BBRCF milestones :
100 members on June-5-2009 :::: 200 members on Aug-6-2009 :::: 300 members on Oct-29-2009 :::: 400 members on Dec-09-2009 :::: 500 members on 25-Jan 2009 :::: bila masa cecah 1000 members tak tau ::::
On 9/11/2010, We have 1047 registered users
Most users ever online was 81 on Sun 1 Aug - 23:05

Dan lawatilah blog Masjid Bandar Bukit Raja : http://blogmasjid.bandarbukitraja.org/
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   11th February 2010, 4:47 pm

Eden kok ado duit nak pakai nakamichi atau rockford tapi hontam jolah......sobab den dah tanya sound engineer ado kono mengono dengan grounding.Mungkin dekat amplifier atau radio [Macam Halfiz cakap].Memang teringat nak tukar alpine tapi nantilah kopiang dah lari habis kek rumah...Bro halfizz ado jual murah ke?Setakat ni den pakai Sume 100% Sony[hampeh].Anyway thank you so much pada sume for the information yang memberangsangkan.
Back to top Go down
sasman75
AJK Forum
AJK Forum


Number of posts: 373

PostSubject: Re: Grounding wire (DIY pada kereta anda)   12th February 2010, 10:41 am

Salam Lavender75,

Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Berdasarkan jawapan tersebut sah dan confirmlah ia bersangkut paut dengan grounding.

Pendapat aku tentang amplifier (power amp) ni...
Amplifier ni sebenarnya dipasang untuk menambahkan amplitude bagi signal/frekuensi supaya mendapat paras bunyi yang secukup/mantap untuk sistem audio kereta, nak2 bila hang dah pasang woofer dan aksessori audio tambahan yang lain.
Dan komponen utama dalam amp ni adalah transformer / gegelung wayar dan magnet dan beroperasi secara elektromagnetik. Klik http://www.qscaudio.com/support/library/papers/amptalk.pdf

Sebelum ini aku ada cerita pasal formula karen. Kita imbas kembali.
V = I x R,
dan bagi setiap (R) rintangan ini ada impedance. Impedance ni adalah nisbah sesuatu rintangan itu kepada sesuatu parameter (engineer tolong betulkan kalo salah) Jika tidak dapat nisbah atau peratus yang diperlukan maka ia akan mengganggu kelacaran pengaliran arus dan voltan. Klik http://en.wikipedia.org/wiki/Impedance

Berbalik semula pada power amp, bila operasi secara elektromagnetik ni ia akan menyebabkan terjadinya induction. Klik http://en.wikipedia.org/wiki/Electromagnetic_induction . Dan ini juga menyebabkan gangguan pada pengaliran arus dan voltan juga atau dalam bahasa elektrikal dipanggil electrical losses dan harmonic current / wave.

Ok kita kaji pula penggunaan elektromagnetik pada komponen kereta itu sendiri pulak. Di bahagian enjin ada banyak sensor di mana ianya memberi signal kepada CPU (Control Processing Unit) atau computer box (kereta canggih dan mewah) supaya komponen lain yang berkaitan dapat bertindak seterusnya. Dan ini semua melibatkan arus elektrik. Klik http://en.wikipedia.org/wiki/Sensor
Contoh seperti injection, crankshaft dan sebagainya. Selain dari sensor, motor juga menggunakan elektromagnetik seperti aircond kereta. Contoh blower fan, thermostat dan sebagainya.

Impedance, Induction dan electrical losses ini tetap akan berlaku dan ianya perlu dikawal sebaik mungkin. Mungkin tidak 100% tetapi boleh dikurangkan. Jika tidak ia akan jadi masalah apabila kereta kita tidak dapat supply bekalan secukupnya kepada semua komponen elektronik dan prestasi kereta menurun. Dan dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan alat komponen elektronik menjadi rosak serta tidak dapat berfungsi seperti biasa dan sebaiknya.

Formula yang berkitan iaitu (P = I x V / t) bermaksud untuk mendapatkan power secukupnya, arus (I) dan Voltan (V) hendaklah berada/capai pada sesuatu keadaan pada masa (t) yang sama.


Berbalik pada masalah yg hang hadapi, pendapat aku ada 2 kemungkinan
Sama ada amplifier dan penyambung wayar atau pun kereta hang yang dah berusia 7 tahun tu. Pasal bila hang tekan minyak makin keluarlah bunyi tu kerana semua komponen tidak dapat bekalan yg secukupnya pada sesuatu masa.

Suggestion yg boleh aku bagi seperti berikut:
1. Hang boleh cuba tukar power amp lain yg lebih power tetapi aku x jamin pasal sekarang power supply dari bateri memang tak cukup. Takut lepas 3 tahun masalah yang sama berulang. Dan setiap power amp ada dia punya limit.
2. Boleh cuba seperti bro zul katakan tu.
3. Boleh cuba aku punya device dan rasai sendiri ada ke atau tidak perbezaan pada sound tu. Tiada bayaran dikenakan untuk test.

Last soalan:
Pasal kete waja tu. Nanti aku tanya hang bila berpeluang jumpa nanti.

Harap info di atas membantu dan hanya pendapat aku aje. Mekasih.
Back to top Go down
http://berbaloi2.blogspot.com
 

Grounding wire (DIY pada kereta anda)

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

 Similar topics

-
» Sling utk baby anda~MURAH&TERBAIK~
» Software Menghilangkan Sensor Pada Video
» some free video editing software
» Interview with HexOr - player and video editor
» Saw (El juego del miedo) The Video Game - PC - Full ISO

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Forum Bandar Bukit Raja, Klang Selangor - bukitraja.net  ::  :: -