Komuniti Forum Bandar Bukit Raja, Klang Selangor
 
HomeHome  Muka DepanMuka Depan  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Share | 
 
 SAHAM (BSKL/KLSE)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
sasman75
AJK Forum
AJK Forum

Number of posts: 373

PostSubject: SAHAM (BSKL/KLSE)   8th January 2010, 3:12 pm

Saja bukak topik ni..
Sesapa yang mahir, pengalaman, bekerja di BSKL atau sy. sekuriti mahupun sebagai remiser sendiri, bolehlah berkongsi info atau ilmu serba sedikit mengenai saham ni. Bagaimana proses dr mula hingga selesai jual beli saham, terms dan definisi, syarat2, ESOS dan sebagainya. Semoga ilmu dan info dapat dikongsikan antara warga BBR semua. TQ.
Back to top Go down
http://berbaloi2.blogspot.com
ir2012
Penduduk Lama
Penduduk Lama

Number of posts: 83

PostSubject: Re: SAHAM (BSKL/KLSE)   27th June 2010, 1:12 am

sasman75 wrote:
Saja bukak topik ni..
Sesapa yang mahir, pengalaman, bekerja di BSKL atau sy. sekuriti mahupun sebagai remiser sendiri, bolehlah berkongsi info atau ilmu serba sedikit mengenai saham ni. Bagaimana proses dr mula hingga selesai jual beli saham, terms dan definisi, syarat2, ESOS dan sebagainya. Semoga ilmu dan info dapat dikongsikan antara warga BBR semua. TQ.

Salam,

Baru terbaca topik ini, saya baru nak berjinak2 dengan dunia stock ni. Secara amnya, kita kena buka CDS account dulu, macam kita bukak bank account. Ada beberapa investment agent company ataupun bank yang kita boleh approach untuk buka CDS account such as OSK. CWA (CIMB), Maybank etc. Untuk keterangan lanjut sila layari webpage ni. : http://www.klse.com.my/website/bm/bursa_basics/investing_basics/

Selamat membaca. Smile
Back to top Go down
sasman75
AJK Forum
AJK Forum

Number of posts: 373

PostSubject: Re: SAHAM (BSKL/KLSE)   28th June 2010, 5:22 pm

ir2012 wrote:

Good info bro.. dulu aku ada simpan emel dan info pasal saham ni.. tapi tu la.. nanti kalo jumpa boleh postkan kat sini.
Back to top Go down
http://berbaloi2.blogspot.com
ir2012
Penduduk Lama
Penduduk Lama

Number of posts: 83

PostSubject: Re: SAHAM (BSKL/KLSE)   29th June 2010, 2:14 am

ok..mana2 benda yg bagus kita share..kalau dh ada CDS (Central Depository account kita boleh apply monitor IPO (Initial Public Offering). Normally IPO ni company offer untuk collect dana besarkan syarikat etc dan biasanya akan mula dengan harga yg agak murah untuk attract public. Once dh masuk board, mahal ler for instance baru2 ni IPO Sunway REIT baru launched rege rm0.97, tgk ler bila dh masuk board berapa pulak harganya.
Back to top Go down
ir2012
Penduduk Lama
Penduduk Lama

Number of posts: 83

PostSubject: Re: SAHAM (BSKL/KLSE)   3rd July 2010, 9:47 pm

Salam.

CDS account for trades under Maybank boleh buka kat Dataran Maybank Bangsar.
Back to top Go down
sasman75
AJK Forum
AJK Forum

Number of posts: 373

PostSubject: Re: SAHAM (BSKL/KLSE)   6th July 2010, 12:09 pm

Salam semua warga BBR..

Teman forwardkan emel ni untuk info kita bersama.
Selamat membaca... penat dan pening rehat sebentar...
Nak senang print baca komudian... hehe
--------------------------------------------------------------------------

Dulu-dulu, bila nak memohon saham, agak leceh juga kerana kena guna borang permohonan saham baru. Sekarang ni, lagilah mudah nak memohon saham baru - guna ATM machine pun dah boleh. Apa yang anda perlu ada cuma:

1. Duit yang cukup di dalam akaun
2. Info tentang saham yang anda nak mohon
3. Akaun CDS - 15 digit (SS akan terangkan tentang akaun CDS ni di lain kali)

Bila anda apply melalui ATM machine ni, akan diberi intructions secara terperinci. Akhir sekali, anda akan diberi ATM statement dan simpan statement tersebut sebagai rujukan. Selepas shares baru tersebut diundi (tarikhnya boleh dirujuk dengan pihak MIH ataupun MIDF), jika anda bernasib baik dan permohonan anda terpilih, maka shares yang berjaya tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun CDS anda. Jika permohonan anda gagal, jumlah wang seperti yang dipohon akan dikreditkan semula ke dalam akaun bank anda tanpa perlu anda memberitahu pihak bank.

Dan buat pengetahuan pembaca, dulu2 bila nak beli saham, kita beli dalam lot 1000. Sekarang ni dah boleh dibeli dalam lot 100unit. Jadi, kalau saham RM1.70 seunit tu, dulu-dulu kita kena ada RM1700 untuk memohon saham tu. Sekarang, dengan modal RM170 pun kita dah boleh mohon saham tu. Murah kan! Jadi, anda tak teringin ke nak beli borong saham2 tu?

SS teringat masa dulu-dulu, sijil saham tu dalam bentuk kertas sekeping size >< A4 paper. Kadang2 tu sijil2 bernilai jutaan RM tu diletakkan di atas beberapa buah meja bersusun2 sebelum diproses untuk diagihkan kepada pembeli2. Dan kami2 yang bekerja di sykt broker ni bila nak keluar/masuk ke office, perlu dibuat body search dulu (security lelaki utk staff lelaki, security wanita untuk staff perempuan) - manalah tahu ada yang sorokkan sekeping dua kat dalam baju. Tong sampah pun bila cleaner nak pungut sampah, perlu dipastikan bahawa tiada sijil saham yang tersalah buang atau sengaja dibuang.

Masa tu memang banyak betul masalah2 - sijil saham hilang tu memang lumrah. Yang dijumpai di dalam tong sampah pun pernah berlaku. Staff yang "terambil" pun pernah. Yang koyak pun banyak sebabnya bila kita memproses sijil2 tersebut, kita kenalah buat
sepantas yang mungkin - tak boleh tembel2 ni.

Bermula tahun 1992/93, sijil2 saham ni pun memasuki era scripless. Saham2 dipindah tangan melalui akaun seperti akaun RM di bank dan saham yang dijualbeli akan hanya di DR/CR di dalam akaun saham yang di panggil akaun CDS.

Akaun CDS
CDS bermaksud Central Depository System di mana apabila pelabur membuka akaun ini, setiap saham yang dibeli akan dikreditkan di akaun CDS ini dan saham2 yang dijual akan didebit dari akaun yang sama. Anda harus faham bahawa akaun CDS ini cuma mempunyai detail tentang kuantiti saham (berapa banyak saham yang anda ada) tetapi tidak harganya berbanding akaun
bank di mana buku akaun memberi detail tentang RM.

Akaun CDS boleh dibuka di mana-mana syarikat broker saham (seluruh Malaysia ni memang trdpt berpuluh2 sykt broker saham). Akaun ini digunakan hanya utk menyimpan data2 tentang shares anda. Anda dikehendaki datang sendiri ke sykt broker saham. Bawa photostate NRIC (sbyk 2 keping bagi kebanyakkan brokers. Tapi ada juga brokers yang mahu lebih), dan RM10 untuk bayaran membuka akaun CDS. Anda dikehendaki mengisi borang yang perlu (akan diberitahu oleh front counter staff) dan akan diberi nombor akaun CDS seperti :
024-001-######### (9 digit terakhir ni memang unik kerana tak ada orang kat Malaysia ni yg akan mempunyai nombor yg serupa). No 024 tu adalah code broker (024 bagi BIMB Securities - Bank Islam Msia Bhd - dan no 001 adalah code utk branch - jika broker besar, mereka ada sampai code 008 dsb).

Jadi, dengan no 15 digit inilah, anda sudah mula boleh memohon saham baru melalui ATM machine.

Bagaimana pula bila permohonan anda berjaya dan shares telahpun dikreditkan ke akaun CDS anda, macamana nak jual?
Sekarang SS ceritakan pula tentang akaun urusniaga (TDA – trading account).

Trading Account
Kebiasaannya, anda juga perlu membuka TDA ini bagi membolehkan anda berurusniaga (beli/jual saham). Semasa anda membuka akaun CDS tadi, anda beritahu kepada front counter staff bahawa anda juga mahu membuka TDA. Dan anda perlu mengenalpasti Remisier mana pula yang mahu anda pilih utk menjalankan urusniaga bagi pihak anda. (kadangkala, sykt broker meletakkan remisier mereka di tempat terbuka. Jadi, anda boleh tengok2 dan pilih mana yg anda suka. Amati perwatakan mereka - jika berkenan, nyatakan bahawa anda mahu memilihnya sbg
remisier anda.)

Tiada bayaran dikenakan, cuma anda perlu juga mengisi borang yg berkenaan dan akan diberi nombor akaun (codenya bergantung kepada syarikat broker saham - lain broker, lain cara mereka). Dengan nombor akaun inilah anda sekarang ini boleh mula berurusniaga – samada menjual saham yang berjaya anda dapati dari new issues tadi, ataupun membeli/menjual saham2 yg tersenarai. Jadi, adalah penting juga bagi anda mengenali siapa remisier anda kerana mereka inilah yang akan bertindak bagi pihak anda dalam urusniaga saham.

Remisier
SS telah nyatakan sebelum ini bahawa remisier ni seperti juga salesman barangan lain. Semua remisier perlu melalui beberapa peringkat ujian yang dijalankan oleh pihak KLSE sebelum mereka diberi lesen niaga saham untuk membolehkan mereka berjualbeli saham. Remisier beroleh pendapatan daripada commission (brokerage) yang didapati setiapkali pelanggan berjualbeli saham.

Di siri akan datang, SS akan ceritakan pula tentang bayaran2 yang perlu dibayar untuk transaksi saham ini - tentang bagaimana mahu mengira amaun lengkap untuk satu2 transaksi. Jangan anda terkejut pula bila SS nyatakan nanti bahawa walaupun kita beli 100 unit saham pada harga RM1.50 dan dijual pada harga RM1.70, kita masih kerugian (bukannya untuk 20 sen = untung RM20 seperti yang kita sangkakan) kerana charges yang perlu kita bayar tersebut.

Suka SS nak peringatkan, tatkala anda berurusniaga untuk membeli saham melalui remisier, anda perlu mempastikan dengan remisier samada kaunter tersebut halal/haram dengan menyatakan kpd remisier untuk membeli hanya kaunter2 "syariah". Mereka tahu bagaimana nak check meskipun remisier anda tu terdiri dari kalangan bukan Islam.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini kita masuk ke pelajaran tentang mengira amaun untuk belian atau jualan saham.Disini kena paham betul-betul ya. nanti kalau silap ..hampa semua rugi jangan salahkan SS pulak ya..

Bayaran2 yang terlibat adalah:

1. Brokerage (hasil yang dikongsi antara remisier dan sykt broker)

Untuk Gross amount (price x unit shares) RM100,000 dan ke bawah, brokeragenya dikira sebagai 0.6% daripada gross amount.
Untuk Gross amount > RM100,000, brokeragenya 0.3% drp gross amount.
Minimum brokerage adalah sebanyak RM12.00
Bermakna, jika kiraan brokerage anda kurang drp RM12.00, anda kenalah mengambil minimum brokerage tadi (RM12.00) sebagai brokerage yang anda perlu bayar.

2. Contract Stamp (hasil kepada kerajaan)

minimum = RM1.00
Maximum = RM200.00
Kiraan biasa = 0.1% drp gross amount roundup to the nearest RM
iaitu = 0.1% x price x quantity (kira kpd pengiraan ringgit terhampir)

3. Clearing Fees (hasil kepada KLSE)

maximum = RM200.00
Kiraan biasa = 0.04% drp gross amount roundup to the nearest sen iaitu = 0.04% x price x quantity (kira kpd pengiraan sen terhampir)

Mari kita mula mengira - sila keluarkan calculator masing2. Ikut cikgu...

Kalau kat paper tu, bukan ke ada harga (tengok under closing price). Last time, untuk satu marketable lot, anda kena beli quantity dlm 1000 units. Katalah harga RM1.50 sesaham, so untuk 1000 units, gross amount aje dah RM1500.00.
Sekarang ni, lot size dah direduced ke 100 units per lot --> RM150 per lot (dah murah kan!).

(anda refer calculation kat atas tu)
Katalah anda nak beli shares harga RM1.50 sesaham.
Qty = 100 units per lot
Proceeds (gross amount) = 150.00

brokerage (nilah hasil yg sykt dpt) = 150 x 0.6% (sebab <100,000 so 0.6%) = RM0.90 tapi disebabkan minimum brokerage for normal stocks capped at RM12.00, so brokerage dia jadi = RM12.00

Contract stamp (ni pegi kat hasil k'jaan) = 150 x 0.1% = RM1.00
(roundup to nearest RM)

Clearing fees (ini earned by KLSE) = 150 x 0.04% = RM0.06

So, kalau anda beli, anda kena plus semua charges = 150 + 12 + 1 + 0.06
Total purchase contract = RM 163.06

Kalau anda nak jual, katalah at RM1.70 sesaham (katalah anda target naik 20 sen lalu nak dispose)
Qty = 100 units
Proceeds = 170.00
brokerage = 12.00 (min brok)
Contract stamp = 170 x 0.1% = 1
Clearing fees = 170 x 0.04% = 0.07 (roundup to nearest sen)
Total sales contract = 170 - 12 - 1 - 0.07 = RM156.93
(kalau sales anda minus the charges from total amount)

Anda perasan tak, walaupun harga naik sebanyak 20 sen (beli 1.50, jual 1.70),
tapi disebabkan all those charges, client still rugi (sales - Purchase ==>156.93 - 163.06 = 6.13 loss).

So, untuk mengurangkan cost, tu sebab ramai org beli qty banyak sikit--> at 1000 units lah ye:
Beli 1000 at RM1.50
proceeds = 1500.00
brokerage = 12.00 (minimum)
C/stamp = 2.00 (roundup nearest RM)
C/fees = 0.60
Total (plus all) =RM1514.60

Jual 1000 at RM1.70
proceeds = 1700.00
brokerage = 12.00 (minimum)
C/stamp = 2.00 (roundup nearest RM)
C/fees = 0.68
Total (minus) = RM1685.32

Profit (sales - purchase) = 1685.32 - 1514.60 = RM170.72
kalau kita kira cara kasar profit utk 10 lot (1000 units) is RM200 (sebab 20 sen difference), tapi sebab tolak charges, reduce sikit le.
-->> so, before nak jual shares yg dibeli, kira dulu charges ni semua, baru boleh confirm whether profit ke loss.Jangan main Jual jer..

Hari ini, SS nak habaq pula tentang macamana nak beli saham. Bila anda dah ada akaun CDS dan juga akaun trading serta dah ada nombor contact Remisier anda tu, sekarang ini anda sudah mula boleh MELABUR ! Boleh membeli-belah, boleh borong mana-mana saham yang murah !!! Mari-mari-mari manyak murah-murah sini!

Sedikit tips nak BELI saham:

1. Anda perlu check dulu samada kaunter tu halal ke tidak. Boleh semak akhbar, contohnya kalau paper STAR tu, lihat StarBiz, di mukasurat pasal saham KLSE tu. Ada tanda petak empat segi (semak bahagian bawah sekali ada tertera "tanda petak = Syariah approved shares") di sebelah code kaunter.

2. Boleh semak harga dulu serta pilih dulu saham mana yang hendak anda beli tu. Sekurang2nya anda bolehlah mendapat sedikit estimation tentang harga saham tersebut. Suka SS nak ingatkan, remisier ni handle berpuluh dan beratus clients, kalau anda setakat nak tanye harga, baik jangan dibuang masa depa - kang ada pulak rakan2 yang kena bambu percuma, kena bantai FOC.

3. Bila nak membeli, sebut kuantiti dalam sebutan unit (elakkan dari menyebut lot) sebabnya, dulu2 lot size kan di dalam unit 1000, sekarang ni aje dalam unit 100. Dan masih ada remisier yang masih confused (agaknya ramai yang membeli-belah saham sekarang ni – depa pun ada yang tersilap lot size 100 dan 1000 ni). Jadi, bila anda order tu, sebut 100 unit ke, 200 unit ke, ataupun 1000 unit. Pernah berlaku di tempat SS, ada client tu sebut dalam lot size (nak jual cuma 4500, sekali tu terjual 45000 - oversold dan kena buy-in (buy-in ni SS cerita lain kali sebab ini matapelajaran untuk advanced courses).

4. Bila dah kenalpasti nama saham tu, mulalah order dari remisier (sebutkan nak beli berapa unit pada harga berapa). Semak dulu harga masa tu berapa dan remisier akan beritahu berapa seller nak jual (jadi kita as a buyer ni boleh estimate pada harga berapa nak dibeli saham tu). Kalau tak nak kejar sangat saham tu, boleh order pada harga rendah sikit dari harga yang seller offer (kalau done, donelah. Kalau tidak, melepaih pun tak pa). Tapi, kalau nak jugak saham tu (nak bagi done), order pada harga seller (beritahu Remisier nak bagi done jugak). Bila dah order (dah queue), semak semula dengan Remisier beberapa minit kemudian samada belian anda tu dah done ke belum.

5. Bila dah done, sekarang ni SS ajar pula bila nak dibayar. Katalah hari anda beli tu dikira sebagai T-day (T tu bermaksud Trading day) iaitu hari bekerja. Anda perlu membayar belian anda sebelum pukul 12.30 pagi on T+3 day (3 hari bekerja selepas Trading day) - hari bekerja tak termasuk hari cuti umum serta Sabtu/Ahad. Contohnya, katalah anda beli hari ini (Isnin 21/7), T+3 akan jatuh pada hari Khamis 24/7. Nak bayar berapa? Anda akan diberi Contract Note (CN) untuk memberitahu details tentang belian anda dan CN ini akan diposkan ke alamat correspondence anda. Semak dengan remisier samada anda boleh membayar melalui bank (tak perlu datang ke sykt broker saham untuk membayar). Suka SS nak ingatkan, kalau boleh, buat bayaran seawall mungkin kerana jika anda terlupa dan telah melewati tarikh due date, belian anda itu akan diforce-sell (akan dipaksa jual pada harga pasaran) dan anda akan bertanggungjawab untuk mambayar apa jua kerugian yang timbul. {Tentang T+3 12.30 tu, ianya merupakan standard procedures. Ada juga kalangan sykt broker saham yang agak lenient tentang waktu ni. Sila semak dengan remisier anda tentang waktu dan tarikh akhir untuk membuat bayaran}

6. Saham yang anda beli akan dikreditkan ke akaun CDS anda pada tarikh T+3 ini.

Hari ni SS nak cerita pasal menjual saham pulak.

1. Anda perlu pastikan bahawa anda mempunyai saham yang hendak dijual di dalam akaun CDS anda serta pastikan bahawa saham yang anda ada itu sama codenya dengan saham yang anda hendak jual. SS dah tengok berbagai2 masalah tentang menjual saham ni. Ada yang terlupa bahawa saham tu dah jual dulu2 tu. Ada yang tersilap menjual kaunter, lain saham yang dia ada, dia pergi jual lain saham lak. Ada yang ada 100 unit tapi jual 1000 unit. Check betul2 dulu barulah mula menjual. Buat rekod tentang saham2 anda ni. Kalau anda tersilap jual, anda boleh dikenakan "buying-in". SS akan cerita di dalam siri advanced courses nanti.

2. Bila nak jual tu, contact remisier anda dan check harga saham tersebut. Kalau anda nak bagi done masa tu jugak, anda boleh jual pada harga buyer (pada harga berapa yang buyer nak beli). Tapi, kalau anda mahu jual harga yang tinggi sikit dari harga buyer, katalah buyer nak beli pada harga 1.20, anda pula nak menjual pada harga 1.22, maka remisier anda akan key-in kan order tersebut. Bila ada saja buyer yang nak membeli pada harga 1.22 tu, maka deal tu boleh done.
Order siapa yang done dulu bergantung kepada siapa dulu order dia dapat dulu (FIFO - First In First Out) dalam banyak2 order yang dikeyed-in di seluruh sykt broker saham serata Malaysia ni.

3. Bila anda dah menjual on T day (trading day), anda akan diberi CN (contract note) tentang jualan anda ini dan akan diposkan ke alamat correspondence anda. On T+3 (3 hari bekerja tak termasuk Sabtu/Ahad selepas tarikh jualan), cek untuk jualan anda ini akan keluar selepas pukul 12.30 hari. {cek ini adakalanya di bank-in kan oleh remisier ke dalam akaun bank pelabur - tengok juga berapa akrab hubungan anda dan remisier, atau anda collect sendri dari sykt broker saham}

Pelajaran untuk menjual ni pendek sikit sebab anda tak perlu nak semak halal ke tidak sebab masa membeli tu bukan ke anda dah semak kehalalannya. Jadi, hari ini, SS berhenti takat ni dulu. Kita sambung lain kali di siri yang berikutnya.

Hari ini SS nak kongsikan maklumat tentang contra.

Contra
Contra ni bermaksud belian kita dikontrakan dengan jualan dalam masa yang ditetapkan. Maknanya, kalau kita beli saham 100 unit pada tarikh T day. Maka kita jualkan pula saham yang sama sebanyak 100 unit juga sebelum T+4 of the purchase date. Sebab apa T+4, sebabnya kalau anda masih tak bayar belian anda, maka pihak sykt broker akan force-sell belian anda tersebut. Jadi, kalau anda jualkan sendiri sebelum T+4, belian anda itu akan dikontrakan dengan jualan saham yang sama. (SS dah semak dengan bank Islam, mereka juga ada kontra cuma mereka tiada contra service charges seperti yang dikenakan oleh kebanyakan sykt broker saham bagi jualan yang dilakukan pada hari T+2 atau T+3 of the purchase date).

Melalui contra, anda tak perlu membayar harga belian, sebaliknya anda cuma perlu menerima contra gain (jika pendapatan dari jualan adalah lebih dari harga belian) ataupun membayar contra loss (jika anda kerugian - pendapatan sales lebih rendah dari kos belian).

SS rasa itu saja penerangan ringkas tentang info saham untuk kali ini. Akan di sambung di siri akan datang.

Assalamualaikum

SS pun nak war-warkan satu perkara tentang remisier ni.

SS ni dah agak lama juga di dalam industri saham ni. Tentang Remisier ni, dah ramai yang SS jumpa selama berbelas tahun bekerja di beberapa broker saham ni. Ada remisier yang sebulan komisyen pun menjangkau angka juta masa sekitar market-up dulu-dulu. Kalau sekarang ni, bagi remisier yang betul-betul performed, pendapatan mereka mungkin sekitar 50K-100K sebulan.
Ini SS ambil dari fakta di tempat SS ni. Tak tahulah di broker lain, mungkin lebih banyak atau kurang. Remisier ni macam jugak peniaga, ada untung, ada tak untung, ada rugi, dan lain-lain lagi.

Ramai pelabur yang keliru di mana mereka menyangkakan bahawa remisier boleh menipu atau songlap duit mereka. Setahu SS, kebanyakan yang tertipu ini adalah kerana cara mereka melabur itu tidak menurut procedures yang sepatutnya. Contohnya, bila anda mahu membayar atau memasukkan wang anda ke dalam akaun anda di syarikat broker, jika cheque anda ditulis nama remisier instead of nama syarikat broker saham, memang le remisier boleh joli katak dengan duit anda tu. Tapi kalau anda menulis nama syarikat, duit anda tu memang selamat masuk ke tempat yang sepatutnya. Jadi, anda perlu berurusan dengan remisier yang boleh dipercayai.

Sebenarnya, remisier lah yang terdedah kepada risiko kerugian jika client dia jenis-jenis hampeh, kelentong, kaki kantoi dan yang sewaktu dengannya. Ceritanya begini, jika client beli saham, lepas tu tak bayar sampailah tiba tarikh due date sehingga kena force sell, bila di force sell dan ada contra loss, bila contra loss ni tak dibayar oleh client, maka yang jadi mangsa adalah remisier. Selepas 15 hari contra loss tu outstanding, maka deposit remisier akan ditolak dengan jumlah contra loss yang tertunggak ni.

Itulah sebabnya, tak ramai remisier yang sanggup ambil client baru jika dia tak kenal client tu. Ada sekali tu, SS dihubungi oleh seorang berpangkat Dato (ni bukan datuk bercucu, ni dato diberi pingat) yang tak pandai main share tapi dia dapat share. Jadi, SS ni tolong carikan remisier yang sanggup ambik dia. SS offer ke remisier, masuk remisier yang keempat barulah dia nak ambik. Pelik kan? dato pun mereka takut nak berusrusniaga.
Back to top Go down
http://berbaloi2.blogspot.com
ir2012
Penduduk Lama
Penduduk Lama

Number of posts: 83

PostSubject: Re: SAHAM (BSKL/KLSE)   7th July 2010, 1:35 am

salam,

Akhirnya org yg berilmu turunkan segala ilmunya..Terima Kasih Daun Keladi.. Very Happy
Back to top Go down
sasman75
AJK Forum
AJK Forum

Number of posts: 373

PostSubject: Re: SAHAM (BSKL/KLSE)   7th July 2010, 7:13 pm

setakat copy and paste tu.. semua org boleh... hehe..
anyway dah appoint remiser? nanti boleh start beli share kaunter terpilih..
selamat melabur.. sunny
Back to top Go down
http://berbaloi2.blogspot.com
ir2012
Penduduk Lama
Penduduk Lama

Number of posts: 83

PostSubject: Re: SAHAM (BSKL/KLSE)   8th July 2010, 12:26 am

sasman75 wrote:
setakat copy and paste tu.. semua org boleh... hehe..
anyway dah appoint remiser? nanti boleh start beli share kaunter terpilih..
selamat melabur.. sunny

xpe..yg baik kita share..

blum appoint lg..sibuk dgn kerja skrg ni..insya Allah next week..
Back to top Go down
pian7778
Admin
Admin

Number of posts: 997

PostSubject: Re: SAHAM (BSKL/KLSE)   11th August 2010, 1:12 pm

aku pun tak berapa tau sangat pasal saham ni, cuima nak tanya la, dia biasanya saham naik , berapa lama dia nak matang (kebiasanya), dengan erti kata lain (cepat ke saham ni melambung ke tidak)..heheh

_________________
Back to top Go down
http://www.facebook.com/group.php?gid=89917308646
sasman75
AJK Forum
AJK Forum

Number of posts: 373

PostSubject: Re: SAHAM (BSKL/KLSE)   12th August 2010, 12:51 pm

pian7778 wrote:
aku pun tak berapa tau sangat pasal saham ni, cuima nak tanya la, dia biasanya saham naik , berapa lama dia nak matang (kebiasanya), dengan erti kata lain (cepat ke saham ni melambung ke tidak)..heheh

Salam tuan bro…

Saham ni salah satu jenis pelaburan jugak..cuma ia tidak seperti ASB, Unit Trust dan lain2 simpanan di mana ianya tiada dividen dan keuntungan yang diberikan ke atas tempoh simpanan..(betoi ke ayat ni..) atau senang seperti dibawah..
a) Saham – simpan tiada dividen
b) Lain2 simpanan – simpan ada dividen/keuntungan
Dan dividen serta keuntungan ni ada dikira ikut hari, bulan dan tahunan.

Saham ni kalo kena gaya (rezki).. marvelous dan salah gaya pun marvelous gak sungkurnya..hihi. Risikonya tinggi sedikit dari simpanan yang lain. Sebab tu saham ni orang beli tak simpan lama2.. ada yang main kontra dan ada yang tunggu untung kurang2 dalam 50sen seunit dan macam2 lagi strategi. Kena refer dengan remiser atau pakar..

Dan biasanya, orang yang main saham ni...memang kena banyak buat survey ke atas kaunter yang ingin dipilih..contoh macam kaunter Sime Darby. Kalo ada kaki lagi senang.. tahu perancangan jangka masa panjang dan pendek serta keuntungan syarikat. Projek yang di award dalam dan luar negara.

Dan biasa remiser yang berpengalaman akan advised kita untuk selok belok sesuatu kaunter dan juga dari segi kesan ekonomi/politik luar, dalam dan serantau.

Pasai nak tahu betoi2 bila sesebuah kaunter tu boleh naik.. sukar nak cakap bro.. even remiser pun berpeluh atau kena tanya ahli magic rasanya.. banyak gak spekulasi main saham ni... Shocked
Back to top Go down
http://berbaloi2.blogspot.com
ir2012
Penduduk Lama
Penduduk Lama

Number of posts: 83

PostSubject: Re: SAHAM (BSKL/KLSE)   13th August 2010, 7:29 am

Investment method banyak kat Malaysia jadi pilihlah yg mudah untuk kita ikut. Aku diversified portfolio such as gold investment, cooperative (koperasi), stocks, insurance + investment link product. Bagi aku gold adalah investment yg amat baik sekarang memandangkan kecairannya amat tinggi. (kalau terdesak nk duit, ada aja org nk beli). Kalau korang perasan byk bank2 kat malaysia such as maybank, publicbank, kuwait finance house dan yg terbaru citibank ada menawarkan buku simpanan emas sebab diaorg nk take advantage of gold price itself. Okay, kalau korang berminat dengan gold bolehlah lawat web ni n contact aku as below :

Azmir : 0192161512
web: www.publicgold.com.my
www.publicdinar.com
www.publicdinar.com

blog: http://goldenkhersonese.wordpress.com/ (promo dulu blog aku ni tapi x siap lagi..huhu)

salam ramadhan dan selamat beramal.
Back to top Go down
sasman75
AJK Forum
AJK Forum

Number of posts: 373

PostSubject: Re: SAHAM (BSKL/KLSE)   14th August 2010, 12:13 am

Ya betul tu bro.. pelbagaikan pelaburan kalo boleh.. janji yang dilabur tak lebur.. Laughing
Back to top Go down
http://berbaloi2.blogspot.com
ir2012
Penduduk Lama
Penduduk Lama

Number of posts: 83

PostSubject: Re: SAHAM (BSKL/KLSE)   14th August 2010, 1:56 am

Betul..betul..betul..kalau tak berani ambil risiko..masuk ajer ASB or Tabung Haji..peram sampai masak.. Very Happy
Back to top Go down
pakthor
Penduduk Baru
Penduduk Baru

Number of posts: 2

PostSubject: Re: SAHAM (BSKL/KLSE)   16th July 2012, 8:52 am

Naper x boleh Whatchuwant ler? Anda hanya perlu tekan butang yg betul. Samada nk bercakap, teks, surfing, entertainment, MMS atau video .. hanya pilih pek dan tekan * 128 #, pastu tekan panggilan dan banyak hadiah menanti anda! Tengok video klip ini dan anda akan tahu apa yang saya maksudkan di sini Smile

youtube.com/watch?v=D5NKBib5ofU
Back to top Go down
 
SAHAM (BSKL/KLSE)

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Forum Bandar Bukit Raja, Klang Selangor - bukitraja.net  ::  :: -