Komuniti Forum Bandar Bukit Raja, Klang Selangor
 
HomeHome  Muka DepanMuka Depan  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Share | 
 
 Panduan untuk buat taska.

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ir2012
Penduduk Lama
Penduduk Lama

Number of posts: 83

PostSubject: Panduan untuk buat taska.   6th February 2010, 3:32 pm

Salam Warga BBR,

Boleh sesiapa terangkan prosedur2 untuk buat taska? TQ
Back to top Go down
eshakimaina_zul
AJK Forum
AJK Forum

Number of posts: 1438

PostSubject: Re: Panduan untuk buat taska.   8th February 2010, 9:29 am

Pendaftaran TASKA

Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkenaan dan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:

Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia / Pendaftar Pertubuhan

Nama sesebuah taman hendaklah menggunakan perkataan "TASKA" pada permulaan nama dan diikuti dengan nama yang dicadangkan dalam Bahasa Malaysia

Mengisi Borang II Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Seksyen 7)

Borang II boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran dengan harga RM10.00 (Permohonan Baru) dan RM4.00 (Permohonan Semula).

Sila dapatkan khidmat nasihat dari Pegawai Diberikuasa TASKA untuk mengisi borang ini.

Kelulusan dari 3 agensi teknikal :

- Pihak Berkuasa Tempatan
- Jabatan Bomba dan Penyelamat
- Jabatan Kesihatan
(Sila dapatkan surat sokongan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah jika berkenaan)

- Pelan Lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannnya.
(ruang berkenaan tidak dikira iaitu jalan lalu, bilik stor, dapur, pejabat, tandas atau bilik kakitangan)

- Jadual aktiviti harian

- Jadual menu

-Senarai aktiviti bersama ibubapa

- Wang Pos / cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia (RM50.00)
(Sila pastikan wang pos diberi apabila mendapat pengesahan daripada Pegawai Diberikuasa TASKA bahawa permohonan telah lengkap)

(sumber) web : www.jkm.gov.my

p/s : harap info ni dapat membantu... Very Happy

_________________
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
Back to top Go down
ir2012
Penduduk Lama
Penduduk Lama

Number of posts: 83

PostSubject: Re: Panduan untuk buat taska.   9th February 2010, 7:50 am

eshakimaina_zul wrote:

TQ so much for the info. Sy dgr nk setup taska kena rumah corner lot.Betul ke?
Back to top Go down
eshakimaina_zul
AJK Forum
AJK Forum

Number of posts: 1438

PostSubject: Re: Panduan untuk buat taska.   9th February 2010, 10:03 am

ir2012 wrote:

TQ so much for the info. Sy dgr nk setup taska kena rumah corner lot.Betul ke?

cuba check dengan JKM....

Bagaimanakah proses penubuhan TASKA dan Pusat Jagaan?

Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai ‘final agency’ bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA atau Pusat Jagaan. Ini bermakna sebelum suatu Perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi seperti kelulusan Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan.

Satu Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA bolehlah didapati daripada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, pada harga RM10.00.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pemohon bolehlah mendapatkan penjelasan dari mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terdekat.

Antara dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama Borang Permohonan Pendaftaran TASKA ke PKMD adalah:

Kelulusan tiga agensi teknikal terkini / masih sah tempoh lakunya.
Pelan lantai beserta pengiraannya (dalam ukuran meter)
Senarai menu mingguan
Senarai aktiviti mingguan
Senarai pekerja (nama penuh, No. K/P dan kelulusan)
Sijil Pendaftaran Syarikat / Pertubuhan
Senarai aktiviti bersama ibubapa
Wang Pos / Kiriman Wang bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Bagi permohonan pendaftaran baru TASKA, borang permohonan terdapat di bahagian belakang Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA, sementara bagi permohonan pendaftaran semula, 1 set borang permohonan boleh didapati pada harga RM4.00 di mana-mana PKMD atau negeri atau Ibu Pejabat.

Bagi borang permohonan Pusat Jagaan pula, ianya boleh didapati secara percuma di mana-mana PKMD atau negeri atau Ibu Pejabat. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bagi tujuan pendaftaran adalah sama dengan TASKA, hanya wang pos / kiriman wang adalah bernilai RM10.00 sahaja

_________________
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
Back to top Go down
Pejo
AJK Forum
AJK Forum

Number of posts: 1870

PostSubject: Re: Panduan untuk buat taska.   9th February 2010, 12:09 pm

Hebat la ko zul,
macam mana ko tau sume ni...?
Back to top Go down
http://www.blogmasjid.bandarbukitraja.org
eshakimaina_zul
AJK Forum
AJK Forum

Number of posts: 1438

PostSubject: Re: Panduan untuk buat taska.   9th February 2010, 2:40 pm

Pejo wrote:
Hebat la ko zul,
macam mana ko tau sume ni...?

sebenarnya aku tak tau.....
aku 'buat-buat' tau....

_________________
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
Back to top Go down
butterfly
Penduduk Baru
Penduduk Baru

Number of posts: 9

PostSubject: Taska   12th February 2010, 8:50 pm

Wah.....hebat en.zul ni.Lepas ni leh tolong saya set up taska pula . study Nak tambah sikit,taska dan tadika memang wajib buat kat rumah corner lot.kalau tak, cikgu ana pun buat tadika kat umah tengah. jimat sewa sikit.Tapi kalau nak buat home based boleh buat kat umah tengah.Jangan lebih dari 10 orang dan kena daftar ngan JKM juga. Cool
Back to top Go down
http://www.littlecaliphs.com
ir2012
Penduduk Lama
Penduduk Lama

Number of posts: 83

PostSubject: Re: Panduan untuk buat taska.   12th February 2010, 10:49 pm

butterfly wrote:
Wah.....hebat en.zul ni.Lepas ni leh tolong saya set up taska pula . study Nak tambah sikit,taska dan tadika memang wajib buat kat rumah corner lot.kalau tak, cikgu ana pun buat tadika kat umah tengah. jimat sewa sikit.Tapi kalau nak buat home based boleh buat kat umah tengah.Jangan lebih dari 10 orang dan kena daftar ngan JKM juga. Cool

thanks for the info guys..
Back to top Go down
 
Panduan untuk buat taska.

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Panduan Instalasi Dan Konfigurasi CS 1.6 & Condition Zero
» Download Games Dewasa 18 Untuk Pc Ukuran Kecil
» [Most Popular] Free Download Aplikasi Pemutar Musik Untuk Hp Nokia X2 01
» DOA UNTUK MEREKA YANG BARU BELI KENDERAAN
» Beli rumah sebelum atau beli rumah selepas kahwin?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Forum Bandar Bukit Raja, Klang Selangor - bukitraja.net  :: Pendapatan Sampingan! ( Iklan di bukitraja.net ) :: Jual/Beli/Sewa Rumah/Lot Kedai-